Negara kita menyaksikan perubahan kerajaan buat pertama kali sejak merdeka pada 9 Mei 2018 yang lepas. Berlaku banyak perubahan sejak itu, sama ada positif atau negatif. Bagi pihak TTKM, kami menyaksikan satu perubahan yang kurang positif dalam laporan media arus perdana mahupun media alternatif.
Media yang sepatutnya menjadi badan check and balance, berubah pula menjadi pengampu kerajaan, saling tidak tumpah apa yang dilakukan oleh mereka terhadap kerajaan BN yang dulu. Malah, ada beberapa media arus perdana yang tahap pengampuannya adalah di luar batas normal, membuatkan pembaca berkemungkinan termuntah hijau apabila membaca laporan tersebut, contohnya Astro Awani dan The Star.
Atas sebab itu, kami melancarkan portal TTKM ini sebagai satu inisiatif mengimbang kembali laporan berita dan sekali gus menjadi badan pemantau/pemerhati kepada kerajaan baru. Selain itu juga, TTKM akan memastikan kerajaan PH melaksanakan manifesto pilihanraya seperti mana yang dijanjikan pada PRU 14 yang lepas dengan sentiasa mengingatkan rakyat dan kerajaan.
Apakah konsep portal TTKM?
TTKM akan melaporkan berita, mengkritik, dan sudah tentunya paling utama mentroll politikus-politikus di Malaysia tidak kira mereka dari pihak yang mana. Tujuan kami, sama juga seperti FB page kami, adalah untuk memperkasakan rakyat, mendidik mereka menjadi kritikal, supaya mereka tidak mudah diperkotak-katikkan oleh politikus rakus.
Kami juga mengalu-alukan sebarang artikel dari anda untuk disiarkan di portal kami.
Sila emailkan kepada tenteratrollkebangsaan@gmail.com.
Majulah Troll Untuk Negara