PM U-Turn? Kini HSR KL-Singapura ditangguhkan, bukan dibatalkan.

PM U-Turn? Kini HSR Cuma ditangguhkan, bukan dibatalkan.

madey
Tokyo: PM Tun Dr Mahathir menyatakan kepada Nikkei Asian Review bahawa projek keretapi laju HSR KL-Singapura ditangguhkan bukan dibatalkan.
Berikut merupakan petikan wawancara tersebut:

Soalan wartawan : “Anda telah membatalkan cadangan keretapi laju ke Singapura untuk memotong perbelanjaan. Tetapi jika Singapura mahu berunding untuk skala yang dikecilkan, adakah anda akan mempertimbangkannya?”
Jawapan Tun Dr Mahathir :

“Akan ada keperluan keretapi laju di masa hadapan, mungkin merentasi semenanjung. Tetapi kita tidak mampu melakukannya pada ketika ini. Jadi kita menangguhkan implementasi projek tersebut. Keretapi laju adalah paling efektif jika jaraknya adalah panjang. Tetapi jika jaraknya dalah pendek, ia tidak akan memberikan sumbangan yang banyak. Jadi kita harus memikirkan kembali keretapi laju. Kita tidak boleh mengatakan yang kita tidak langsung memerlukan keretapi laju di Malaysia. Apa yang boleh kita lakukan adalah menangguhkan projek tersebut kerana kosnya adalah terlalu tinggi buat masa ini”
( sumber : https://asia.nikkei.com/Politics/Malaysia-in-transition/In-his-own-words-Mahathir-Mohamad-speaks-to-the-Nikkei-Asian-Review)

madey 2

Untuk rekod, projek keretapi laju KL-Singapura membabitkan jarak sepanjang 350 km di mana 335 km melibatkan landasan di Malaysia dan 15 km di Singapura. Landasan keretapi laju Jakarta-Bandung di Indonesia adalah jauh lebih pendek iaitu sepanjang 142.3 kilometer. Manakala landasan keretapi laju Bangkok-Nong Khai di thailand adalah sepanjang 250km.
Pada 28 Mei 2018 lalu, Tun Mahathir mengesahkan projek keretapi laju KL-Singapura dibatalkan secara muktamad. Antara sebab utama menurut beliau adalah operasi keretapi laju itu tidak menguntungkan dan cuma menjimatkan masa perjalanan satu jam sahaja.

-TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.