Siapakah yang akan isytihar Malaysia bankrap?

Siapakah yang akan membuat pengisytiharan Malaysia bankrap?

Oleh : Anti Wayang
Baru-baru ini, perdana menteri, Tun Dr Mahathir mengatakan Malaysia mungkin akan diisytihar bankrap kerana hutang negara adalah pada tahap kritikal. Sejauh manakah kebenarannya dan siapakah yang akan isytiharkan Malaysia sebagai bankrap?
1. Hutang negara sebenarnya adalah RM680 billion, dan bukannya RM1 trillion. RM 1 trillion itu adalah termasuk “contingent liability ” sebanyak RM 200 billion dan RM 150 billion lagi ” committed lease payments “- keduanya ini tidak diambil kira sebagai hutang negara oleh mana-mana negara di dunia, kecuali Malaysia sahaja selepas 9 Mei 2018.
2. Pada RM 680 billion, hutang negara kita adalah sebanyak 50.8% dari KDNK malah pada nilai hutang RM1 trillion yang dimanipulasi itu, ia masih berada 80% dari KDNK. Banyak negara yang mempunyai hutang rasmi negara yang tinggi dari negara kita, dan mereka tidaklah mengalami bankrap, contohnya Singapura, Jepun, Amerika Syarikat dan United Kingdom. Sebenarnya, hutang rasmi negara adalah paling tinggi pada tahun 80an iaitu sebanyak 103.4% dan melebihi 80% pada 90an tetapi negara kita tidak juga bankrap. Ini bermakna, untuk mengatakan negara kita akan bankrap pada 50% atau 80% adalah tidak benar sama sekali dan ianya tidak lain tidak bukan hanya sekadar taktik untuk menakut-nakutkan rakyat.
3. Hutang rasmi RM680 billion 97% adalah didominasikan dalam Ringgit Malaysia, kerana negara kita mengawal matawang ringgit. Malah, “contingent liability ” sebanyak RM 200 billion dan RM 150 billion ” committed lease payments ” itu juga adalah dalam ringgit. Oleh itu, berlainan seperti Greece, Sri Lanka dan Argentina ( dan Malaysia pada 1980an dan 1990an, di mana berlaku masalah adalah kerana hutang meeka adalah dalam matawang asing. Tiada sesiapa boleh mengisytihar Malaysia sebagai bankrap kerana secara teorinya, kita boleh menghasilkan mata wang ringgit sebanyak mana yang dimahukan.
4. Malaysia tidak berhutang sebarang wang kepada International Monetary Fund (IMF) atau Bank Dunia atau kepada Bank Pembangunan Asia. Tambahan pula, negara kita tidak berhutang sebarang duit kepada mana-mana negara luar atau institusi kecuali terhadap soft loan yang diberikan oleh negara China. Walau bagaimanapun, hutang ini pun adalah hutang jangka panjang pada 20 tahun, dan hanyak pada semaksimum RM60 billion, maka China tidak boleh meminta pembayaran penuh hutang itu dengan segera.
Malah, sekiranya China meminta pembayaran penuh diberikan dengan segera, Petrona smempunyai simpanan tunai sebanyak RM147 billion, Bank Negara pula RM 120 billion ( tidak termasuk simpanan forex RM420 billion), Khazanah mempunyai aset bernilai RM140 billion, Mana-mana dari simpanan ini boleh dijadikan pembayaran penuh hutang tersebut dengan segera jika itu yang China mahukan.
5. Jika anda tidak mahu menyentuh Khazanah, Petronas atau pun dana BNM, senario terburuk adalah KWSP mempunyai dana sebayak RM800 billion ketika ini dan dengan mudah mereka boleh memberikan pinjaman kepada kerajaan jumlah RM60 billion itu. Ramai yang tidak mengetahui bahawa di bawah akta KWSP, KWSP diperlukan untuk melabur sekurang-kurangnya 70% dari keseluruhan pelaburannya dalam sekuriti kerajaan ( atau dengan bahasa yang lebih mudah, memberi pinjaman kepada kerajaan dengan membeli bond kerajaan). Ketika ini, KWSP tidak memenuhi kritera kerana kurang dari 50% dari dana mereka dipinjamkan kepada kerajaan. Ini merupakan bagaimana cara KWSP mendapat keuntungan setiap tahun dengan menggunakan faedah yang dibayar oleh kerajaan, kemudian membayar dividen kepada ahlinya.
Baiklah, Jika Malaysia tidak akan bankrap, kenapakah Tun Mahathir dan kerajaan baru kerap kali mengulagi perkara ini?
Mudah, ini kerana:
1. Secara politiknya, mereka harus berterusan mengatakan perkara ini kerana sebelum PRU14, mereta talah menggunakan taktik menakut-nakutkan ini dengan mengatakan Malaysia akan menjadi bankrap dan memerlukan simpanan. Jadi, mereka tidak boleh mengatakan hutang adalah dalam kawalan atau mendakwa kerajaan BN sebelum ini melakukan perkara yang betul, oleh itu, mereka harus terus mengatakan hutang negara adalah seteruk mungkin, jika tidak mereka akan dilihat menipu.
2. Mereka juga boleh menggunakan perkara ini sebagai alasan terbaik untuk menerangkan mengapa mereka tidak dapat menunaikan majoriti daripada janji manifesto (hapuskan tol, RM50 setiap bulan kepada isi rumah, mengurangkan harga petrol, penangguhan PTPTP, pass tidak terhad RM100 dsb). Ini kerana kebanyakkan dari janji-janji ini adalah tidak realistik dan ia berupaya memusnahkan kewangan negara dan kebolehan memerintah negara jika ia diimplementasikan.
3. Mereka juga boleh menggunakan alasan ini untuk membatalkan sebanyak mungkin projek (MRT, HSR, ECRL) supaya legasi Jibby dihapuskan dalam sejarah. Ini untuk mengelakkan memori yang sama bagaimana Mahathir dikaitkan dengan KLCC, Putrajaya ataupun lebuhraya PLUS. Walau bagaimanapun, penghapusan projek-projek ini bermakna perkembangan ekonomi untuk tahun ini dan tahun berikutnya akan mengalami penurunan, menyebabkan pengaliran keluar pasaran stok, kemarahan beberapa negara (China dan Singapura) dan mengurangkan ratusan ribu peluang pekerjaan yang dikaitkan dengan projek-projek ini.

Nampaknya, untuk kerajaan baru, ini adalah harga yang murah untuk dibayar selagi legasi Jibby dan kerajaan BN sebelum ini dapat dihapuskan sepenuhnya tanpa memikirkan akibat yang buruk kepada negara.

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.