Sudah sebulan lebih negara Malaysia diperintah kerajaan baru, Pakatan Harapan. Beberapa janji PH yang digariskan dalam manifesto Pakatan Harapan didapati tidak ditunaikan, antara alasan yang digunakan adalah hutang negara sudah menjangkau RM 1 Trillion. Para pengkritik mendakwa nilai 1 Trillion tersebut sengaja digembar-gemburkan oleh kerajaan dimana mereka menambah “contingent liability ” sebanyak RM 200 billion dan RM 150 billion lagi ” committed lease payments “- keduanya ini tidak diambil kira sebagai hutang negara oleh mana-mana negara di dunia, kecuali Malaysia sahaja selepas 9 Mei 2018.
Walaubgaimanapun, penyokong kerajaan yang lebih dikenali sebagai JiKera (jilat kerajaan) bangkit mempertahankan kerajaan.
Berikut merupakan komen JiKera yang sempat dikumpulkan:
1. Kami tak kisah manifesto betul2 dilaksanakan atau tidak. Yang penting BN tumbang.
2. Eh satu-satu boleh tak? Tun nak tolong pon dah cukup baik.
3. Najib tinggalkan hutang 1T. Kau sibuk pasal manifesto.
4. Kau bukan undi PH pun. Orang yang undi PH pun tak bising.
5. Semalam kahwin takkan harini boleh beranak.
6. Belum 100 hari bang. Sabar la.
7. Haloo bro.. simpan duit kat ASB pun kena tunggu setahun baru dapat dividen!
8. Rindu zaman Tun RM50 penuh troli dan minyak petrol harga 1.50
9.Ala dia ni dulu penyokong kuat UMNO tu… Abaikan jela….
10.Tak suka gan TUN n PH sila mereput pindah dari malaysia..macam Zahid Komedi cakap…jawa ponorogo tu ..janji UMNO pupus..
11.Hati n jiwa rosak tak sabar..60 tahun kau boleh sabar..ni belum 30 hari dah bising..
12.Ala bising pula , yangg sebenarnya janji-janji tu akan dilaksanakan juga tunggu masa je. Sekarangg ni negara sedang tenat, hutang kot , takkan hari ni kau bela anak kucing esok terus jadi kucing dewasa? Sabar lah!
13. PH hanya fikir negara bukan rakyat . Biar Rakyat miskin Janji Negara Maju. Biar Rakyat dibuang kerja Asalkan Negara malaysia Banyak Tugu² besar yang boleh ditunjuk-tunjuk kepada negara luar.
14.Kalau dia berjanjji pun kepada pengundi PH..yamgg korang bising tu dah kenapa??
15.Saya yamg sokong PH tak nak tuntut apa apa dari manefesto PRU14 hari tu, yang saya tuntut siasat, dakwa dan hukum mati pengkhianat perompak wang negara
16.Sabar la…. bayi pun ambil masa 9 bulan baru boleh berjalan.
17.Dosa fitnah lagi berat dari dosa membunuh! Nak ingatkan aja!sakit dan pedih isi neraka tau!
18.Saya undi ph mau anwar dibebaskan. Harga barang mahal tak penting janji nuar bebas…ph menang anwar senang.
19.INI SEMUA SALAH PAS!!!
20.100 hari kalau berniaga pun, belum tentu untung..
21.Nak manifesto terlaksana pun agak2 la.. Kalau oramg bersalin pun pantang tak habis lagi… Luka masih berdarah… Adooiii nape la banyak letak otak kat lutut?
22. Sebelum PRU: aku pelik tengok orang BN ni.. nak bagi minyak murah.. nak bagi ptptn percuma.. nak bagi tol percuma.. tu pun tak nak!
Selepas pru : kami undi sbb tun
23. Bro harga minyak nak diseragamkan bukan mudah. Nak kaji pasaran luar lagi. Satu2 lah. Kau masa sekolah dulu, cikgu bagi kerja sekolah pun kau siap kan satu2.. Mana mungkin tangan dua menulis ke 10 buah buku serentak.. 😁😁 sabar ler sikit..
24.Tun belum rehat lagi tau.. Aku nak menitik air mata dok tengok tun buat kerja dari sebelum pru sampai la hari ni. Banyak sangat kerosakan bn buat. Aku memang marah sangat dengan puak umno ni
25.Please la ..go to the prees con your self..put all the question here bazir my time reading only…..
26. Apa salahnya derma untuk negara kita sendiri.. Takkan nak harap hasil bumi Malaysia yg ada minyak, sawit, getah yg berbillion lemon tu je. kita blh keluar sumbangan. asal BN tumbang
27.BAB harga Brang Aku tak ambik Kesah Manifesto Aku Letak Tepi Dlu…Yg Aku Nak Tgokkk Puak2 Tuu Kena Humban.
28.Mmg la lambat harga brg mau turun..semua org PH pun tau..macam gst dulu..dekat 2 tahun baru terkesan kenaikan harga barang..yg memekak mcm sakai sekarang macai bn umno tongong yang konon2nya diorang undi PH pru lepas….phuiiii
29.tuntut janji 61 Thun dengan 3 minggu sama ke??
30.’Invest RM40 Juta Untuk ‘World Cup’, Anggaran Pulangan RM250 juta untuk RTM’
31.PULAU LANGKAWI MENERIMA PELABURAN RM30 BULLION…
Langkawi akan jadi ala-ala DUBAI…
32.Patut lebih utmakn derma kepada negara..bukan kepada orang susah
33.Dah kenapa rakyat nak kna dengar kau, ko pun spm ckup makan ja.. Lagi mau sembang macam dah kaji selidik sendiri.. Bodoh bertalu . Err😂😂😂 ptut la.. Bndera mak ko hijau.. Patut sempit otak 😂😂😂
34 .Gas Asli,baca dulu betul2…77 sen per 1 juta MMbtu…terlampau melampau kecil kenaikannya…x bg kesan kehidupan seharian…lgpun kita dah byk untung bila GST jadi zero rated…korang asal baca berita ada perkataan naik terus melenting.
35. Apahal bising pasal manifesto bhai! Yang penting Jibby jatuh!
Anda mahu tambah lagi?
Aku tambah yer…
“Kau ingat kau lagi cerdik lagi Council of Elders dengan Tun Mahathir ke! Tahulah mereka buat kerja urus negara.”