Menteri akui ‘harga barang turun 30-50 peratus’ dibuat spontan
KUALA LUMPUR: Tidak tahan ditroll netizen, akhirnya Menteri Pertanian, YB Tuan Haji Salahuddin Ayub akhirnya mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu dakwaan beliau berhubung harga sayuran dan daging telah turun 30%-50%.
(Gambar dari FB Kementerian Pertanian)
Salahuddin Ayub kini mengatakan dakwaan beliau itu adalah dibuat secara SPONTAN hasil makluman orang awam kepada beliau di beberapa lokasi dan juga laporan tinjauan umum. Tambah beliau, ia juga dibuat berdasarkan PEMERHATIAN yang beliau SENDIRI lakukan di pasar tani.
Di samping itu, Salahuddin mendakwa kenyataan harga bahan makanan turun sebanyak 30% dan 50% itu terlalu umum dan tidak boleh diandaikan berlaku di seluruh negara memandangkan kajian ke arah itu belum lagi dilakukan sepenuhnya.
Hasil siasatan TTKM di pasar borong Selangor di Seri Kembangan dan Pasar Tani Puchong mendapati tiada harga bahan sayuran atau daging turun sebanyak 30%-50% seperti yang didakwa beliau melainkan harga TOMATO sahaja.
Berikut kenyataaan penuh beliau:
(Kenyataan akhbar dipetik dari FB Kementerian Pertanian)
Untuk rekod, netizen menyamakan Salahudin dengan bekas menteri BN, Ahmad Maslan yang kerap mengeluarkan kenyataan kurang cerdik dan menjadi bahan troll di media sosial. Malah, Salahudin juga kini ditroll sebagai menteri TomaTOLOLan kerana harga tomato yang kini turun. -TTKM-