Tue. Sep 17th, 2019

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

Pelaburan KWSP lesap RM6 billion selepas PRU 14

3 min read

KUALA LUMPUR: Sebulan lebih selepas berlakunya perubahan kerajaan buat pertama kali di Malaysia, nilai pelaburan KWSP dalam 10 syarikat senarai awam jatuh sebanyak 12% bersamaan dengan RM6.09 billion.
Menurut laporan The Edge, kejutan selepas pilihanraya umum menyaksikan pelaburan KWSP m̶e̶r̶u̶n̶a̶m̶ menjunam secara drastik dari RM51.21 billion kepada RM45.12 billion dalam hanya masa sebulan.

10 saham yang paling teruk dalam portfolio KWSP tersebut adalah Cahya Mata Sarawak Bhd (CMS), Malaysian Resources Corp Bhd (MRCB), IJM Corp Bhd, Gamuda Bhd, Telekom Malaysia Bhd (TM), Axiata Group Bhd, Tenaga Nasional Bhd (TNB), CIMB Group Holdings Bhd, Malayan Banking Bhd (Maybank) dan Genting Plantations Bhd.

saham
Sektor pembinaan adalah yang paling terjejas teruk berhubung polisi kerajaan baru Pakatan Harapan yang mahu menyemak kembali projek infrastruktur mega, termasuk ECRL, HSR dan MRT3.

  • Saham CMS jatuh 37%
    CMS paling terjejas teruk dengan nilai sahamnya menjunam sebanyak 37%, kehilangan nilai kapital sebanyak RM1.7 billion.
    Pegangan saham KWSP dalam CMS: 10.69%
    Niilai pelaburan KWSP yang jatuh : RM180 juta.
  • Saham MRCB jatuh 32%, bersamaan dengan kehilangan nilai kapital RM1.4 billion.
    Pegangan saham KWSP dalam MRCB: 35.32%
    Niilai pelaburan KWSP yang jatuh : RM490 juta
  • Saham IJM jatuh 32%, bersamaan dengan kehilangan nilai kapital RM3.1 billion.
    Pegangan saham KWSP dalam IJM : 14.5%
    Niilai pelaburan KWSP yang jatuh : RM450 juta
  •  Saham Gamuda jatuh 28%, bersamaan dengan kehilangan nilai kapital RM3.7 billion.
    Pegangan saham KWSP dalam Gamuda : 10.11%.
    Nilai pelaburan KWSP yang jatuh : RM370 juta.

Selain saham sektor pembinaan mengalami kerugian tinggi akibat gelombang penjualan selepas pilihanraya, saham dua syarikat telco dan dua syarikat bank menyebabkan nilai pelaburan KWSP menyusut lebih tinggi.

  • Saham Maybank jatuh 7%, nilai pelaburan KWSP jatuh RM1.06 billion.
  • CIMB jatuh 8%, nilai pelaburan KWSP jatuh RM730 juta.
  • Axiata jatuh 12% , nilai pelaburan KWSP jatuh RM 990 juta.
  • TM jatuh 21%, nilai pelaburan KWSP jatuh RM690 juta.

Penurunan harga saham TNB pula menyaksikan nilai pelaburan KWSP paling terjejas teruk. RM8.5 billon lesap dari nilai pasaran. Atas sebab ini, KWSP yang mempunyai pegangan saham sebanyak 12.67% dalam TNB menyaksikan nilai pelaburannya menyusut sebanyak 9% bersamaan nilai RM1.08 billlion.

16440056-18d5-44aa-93a2-b5160e0f3362

(Grafik dari The Edge)
The Edge juga melaporkan pelaburan ekuiti KWSP menyusut dari RM344.35 billion pada suku tahun keempat 2017 kepada RM338.72 billion pada suku pertama tahun ini. Ini bersamaan dengan penurunan sebanyak 1.6% atau RM5.63 billion.

shocked_o_1833627
Bagaimanakah kejatuhan saham syarikat senarai awam ini boleh berlaku begitu teruk?

Selepas memenangi pilihanraya ke 14, Pakatan Harapan menghadapi masalah untuk menunaikan beberapa janji manifesto mereka yang menelan belanja berbillion ringgit. Ini termasuklah janji menghapuskan tol, penangguhan pembayaran PTPTN – yang akan menyebabkan negara mengalami defisit lebih tinggi. Tambahan pula, pembatalan GST yang memberikan pulangan kepada kerajaan sebanyak RM40 billion setahun sebelum ini digantikan pula dengan SST. Ini akan menyebabkan kerajaan kehilangan pendapatan antara RM20 billion.
Oleh sebab ini, kerajaan terpaksa memainkan propaganda hutang RM1 trillion sebagai alasan paling mudah untuk tidak menunaikan manifesto mereka dan  membatalkan projek-projek infrastrutur mega seperti MRT3 dan HSR manakala ECRL pula akan dikaji semula. Sentimen ini menyebabkan syarikat senarai awam yang terlibat dengan projek tersebut menerima kesan secara langsung.


Selain itu, syarikat yang mempunyai hubungan langsung dengan kerajaan BN terdahulu juga mendapat kesan signifikan seperti syarikat CMS, yang dikaitkan dengan Taib Mahmud. Syarikat ini terlibat dengan projek lebuh raya PAN-Borneo.
IJM yang terlibat dalam perniagaan konsesi lebuhraya bertol mendapat pukulan hebat apabila kerajaan PH merancang akan menghapuskan tol secara berperingkat walaupun sehingga kini tiada pengumuman mengenai perkara tersebut dibuat.

Para pengkritik mendakwa kerajaan PH menipu pengundi apabila dilihat gagal menunaikan janji manifesto termasuk menghapuskan tol dan mengurangkan harga minyak. Manakala, para penyokong kerajaan mendakwa rakyat perlu bersabar dengan mengatakan “takkanlah kahwin hari ini, esok sudah beranak?”.

33.jpg

Kesan kerugian KWSP ini bakal dirasai oleh pencarum KWSP apabila pemberian dividen  2018 diumumkan kelak.

-TTKM-

 

2 thoughts on “Pelaburan KWSP lesap RM6 billion selepas PRU 14

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © All rights reserved. Newsphere by AF themes.
RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: