(Video) Buletin TTKM : Menteri kantoi dakwa harga bahan makanan turun 30%-50%.

 

Transkrip penuh :

Salam Malaysia Baru Mak kau biru.
Saya Mia Jalipah.
Pada jumaat lepas, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub atau lebih dikenali sebagai Pak Udin Tomato mendakwa harga barangan keperluan asas untuk hari raya aidil fitri tahun ini jatuh 30% hingga 50% berbanding tahun lalu.

Harga ayam turun pada harga RM5 sekilo berbanding RM7 sekilogram pada tahun lepas.
Tambah Salahuddin lagi, harga sayur ada yang turun sehingga 50 %. harga daging lembu boleh dibeli RM30 lebih sekilo. Manakala harga barang keperluan semasa turun 30% sehingga 50%.
Eh eh alahai. Ketomatololan apakah ini? Mana ada harga turun Salahuddin oi? Ada minum ketumkah? Tidak pernah pergi pasarkah?

Hasil tinjauan TTKM di pasar borong selangor mendapati cuma harga tomato sahaja yang turun. Kalau dulu Zaman BN, kangkung turun, Zaman PH, tomato pula turun harga. Muhahahahihihiu!
KetomaTOLOLan Salahuddin mengeluarkan kenyataan berbau hancing ini turut ditroll oleh buletin TV3 suku.
Tidak tahan ditroll, Pak Udin Tomato akhirnya mengatakan kenyataan beliau itu dibuat secara spontan sahaja. Tambah Pak Udin Tomato lagi, kenyataan itu terlalu umum dan tidak boleh diandaikan berlaku di seluruh negara.
Ini pula reaksi netizen.
Saudara!
Ketam batu, udang galah.
Ikan keli, ikan patin.
Siapakah Udin yang selalu salah?
Itulah dia Salahuddin!
Muhahahahihihiu!
Sekian Buletin Tentera Troll Kebangsaan Malaysia.
Berita parodi troll sensasi.
Salam Malaysia Baru mak kau hijau!

-TTKM-

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.