KUALA LUMPUR : Gempa politik PRU14 yang menyebabkan perubahan kerajaan buat pertama kali di malaysia masih belum reda. Gempa susulan kini melanda bursa saham Kuala Lumpur di mana berlaku penjualan saham secara aktif, menyebabkan kerugian berbillion ringgit.
RAM Holding melaporkan bon Malaysia yang dipegang pelabur luar turun sebanyak RM12.9 billion pada bulan Mei.
Manakala The Edge melaporkan nilai pelaburan KSWP lesap sebanyak RM6 billion selepas pertukaran kerajaan. Syarikat-syarikat senarai awam mencatatkan kerugian terkumpul puluhan billion ringgit.
Kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berhubung propaganda RM 1 trillion dan fokus beliau kepada pembongkaran skandal kerajaan terdahulu sedikit sebanyak memberi impak negatif kepada pelabur.
Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah, KuLi turut mengkritik keghairahan Lim Guan Eng:
(Gambar asal dari The Malay Mail )
“Kenyataan beliau mengenai kewangan negara telah menyebabkan orang menjual saham mereka kerana kurang yakin dengan ekonomi negara. Atas sebab itu, beberapa badan termasuk KWSP telah mengalami kerugian, yang ditanggung oleh rakyat. Saya berpendapat ini adalah propaganda terang-terangan yang tidak menguntungkan sesiapa” – Ku Li.
Dalam pada itu. Datuk Seri Anwar menasihati Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, supaya bijak mengimbangi antara kepentingan meyakinkan pelabur asing dan tanggungjawab membongkar penipuan serta penyelewengan kerajaan terdahulu.
Ketua Umum Pakatan Harapan (PH) itu berkata, Guan Eng perlu berhati-hati apabila mengeluarkan sebarang kenyataan kerana ia akan digunakan sebagai rujukan oleh pelabur.
(Gambar asal dari FMT)
Anwar turut mencadangkan supaya tanggungjawab membongkar salah laku itu diserahkan kepada menteri atau agensi lain seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
(Gambar asal dari NSTP)
Beliau berkata, langkah itu juga membolehkan Guan Eng lebih fokus terhadap usaha mententeramkan serta meningkatkan keyakinan pelabur.
Walau bagaimanapun, nasihat Anwar ini tidak diendahkan oleh Lim Guan Eng.
(Gambar asal dari Bernama)
Terbaru, Lim Guan Eng mendakwa beliau telah diarahkan oleh perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya melakukan pembongkaran kerajaan terdahulu dalam masa 100 hari pemerintahan.
Tambahan pula, katanya, beliau bukanlah perdana menteri yang berkuasa memberi arahan kepada menteri lain.
“Tidak kena pada tempatnya untuk saya mengarahkan menteri lain mendedahkan skandal kewangan kerajaan lama yang berlaku dalam kementerian kewangan yang disandang saya.
“Kementerian saya akan terus membongkarkan semua skandal kewangan dalam tempoh 100 hari seperti yang diarahkan perdana menteri,” katanya dalam satu kenyataan.
(Gambar asal dari Malaysikini)
Ayah beliau, Lim Kit Siang turut mempertahankan Lim Guan Eng dari kritikan Anwar.
“.Sepanjang karier politik saya selama 52 tahun, saya turut membongkar segala salah laku. Jadi, saya rasa tidak salah untuk berbuat demikian.” – kata Lim Kit Siang.
Apa yang jelas dapat diperhatikan dalam kemelut antara Anwar dan Lim Guan Eng ini adalah pengaruh Anwar pada kerajaan baru hampir tiada.
Di antara Mahathir dan Anwar, Lim Guan Eng memilih untuk memihak kepada Mahathir.
Dan di antara memulihkan keyakinan pelabur terhadap pasaran saham dan permainan politik persepsi , Lim Guan Eng nampaknya memilih untuk kekal bermain politik!
-TTKM-
(Gambar asal dari Malaysiakini)
Rujukan :
Anwar tegur Guan Eng tumpu pada kementerian kewangan : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/06/439350/anwar-tegur-guan-eng
Guan Eng kata Tun Arah Bongkar : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/06/439354/pendedahan-skandal-kewangan-negara-atas-arahan-pm-guan-eng#cxrecs_s
Kerja bongkar tak salah – Kit Siang : https://www.malaysiakini.com/news/430422