(Video) Buletin TTKM : Hantar memorandum pun kena soal siasat? Malaysia baru apakah ini?

Transkrip penuh Buletin TTKM:
Salam Malaysia Baru nenek kau coklat rendang hangus.
Saya Mia Jalipah.
Malaysia baru tapi budaya intimidasi kerajaan lama masih sama.
Inilah yang terjadi kepada aktivis Parti Sosialis Malaysia, Arutchelvan atau lebih dikenali
sebagai Arul apabila Pegawai penyiasat IPD Putrajaya hadir di pejabat beliau di Semenyih pagi tadi untuk menyerahkan notis 111 kepada beliau supaya hadir untuk sesi soal siasat. Ini berhubung kehadiran Arul di dalam perhimpunan penyerahan memorandum di pejabat Perdana Menteri, Putrajaya pada 11 Jun lepas.
Wow! Apa ini? Serah memorandum pun sudah kena soal siasat? Ini Malaysia baru ke lama ni woi?
Kami menghubungi saudara Arul bagi mendapatkan penjelasan beliau.
Untuk rekod, Tun Mahathir sebelum ini telah berjanji akan menghapuskan akta perhimpunan aman di samping akta-akta lain yang menyekat kebebasan rakyat.
Jikalau akta tersebut mahu dihapuskan, apakah keperluannya untuk menyiasat saudara Arul di bawah akta tersebut?
Kehancingan apakah ini? Muhahahahihihiu!
Saudara
Siakap senohong,
Gelama ikan duri.
Bercakap bohong,
Lama-lama jadi PM dua kali.
MUHAHAHAHIHIHIHIU!
Sekian Buletin Tentera Troll Kebangsaan Malaysia.
Berita Parodi, Troll Sensasi.
Salam Malaysia baru nenek kau hijau buluh lemang. -TTKM-

 

 

1 Comment

Leave a Reply to Kamri Cancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.