Oleh : Arul
Terima kasih kepada Peguam Visva MV Nathan dan Yen Hoi yang mengiiringi saya ke IPD Putrajaya 2.30pm tadi.
Juga kepada kawan-kawan yang datang untuk solidariti. Polis pun ramai menunggu dekat pintu masuk. Kenyataan diambil oleh Insp Vinoth. Beliau apabila ditanya oleh Peguam berkata, saya disiasat dibawah Section 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 atas aduan yang dibuat oleh ASP Suhaimi bin Sabri dari IPD Putrajaya pada 11hb. Jun 2018 iaitu hari yang sama kami serahkan memorandum kepada YAB Perdana Menteri kerana isu pemecatan Kohila oleh Bank Negara Malaysia.
Antara soalan yang ditanya ?
1. Adakah kamu tahu mengapa anda disiasat?
2. Adakah anda berada di Putrajaya pada 11 Jun 2018?
3. Siapakah penganjur perhimpunan tersebut ?
4. Berapa ramai yang hadir perhimpunan ?
5. Adakah awak berucap semasa dan selepas perhimpunan ?
6. Adakah kamu ada bawa sebarang banner semasa perhimpunan?
7. Sesama berucap , adakah kamu keluarkan perkataan berunsur hasutan?
8. Apakah tujuan penyerahan memorandum tersebut?
9. Adakah sebanrang insiden tidak diingini berlaku ?
10. Bagaimana tindakan polis semasa serah memorandum
11. Apakah maklumblas daripada Pejabat PM?
12. Adakah anda anggap tinfakan anda melanggar mana-mana undang-undang?
13. Adakah anda memaklumkan dan beritahu polis sebelum program?
Untuk kebanyakan soalan – saya jawab:
“Saya menggunakan peruntukan dibawah Subseksyen 112(2) KAJ untuk bercakap di Mahkamah. “
Untuk soalan akhir, adakah kamu ada apa-apa untuk tambah.
Saya jawab:
“Saya berpendapat siasatan polis ini bercanggah dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang memberikan hak untuk berhimpun tanpa senjata. Tindakan polis membuat siasatan ini juga membazir masa dan wang rakyat yang semakin ketara sekarang. Sepanjang program tiada insiden dan polis juga tidak memberikan sebarang arahan bersurai atau menghalang kami dari memberikan memorandum.”
Saya juga berpendapat tindakan polis buat aduan sendiri ini juga melanggar Section 20 Akta Polis 1967.
Saya juga berharap kerajaan PH yang mahu meminda akta Perhimpunan Aman ini bertindak serta-merta. -TTKM-
Leave a Reply