Skip to content

Video tular pembuli jalanraya: KDN sahkan beliau anggota Rela yang digantung tugas, serah kepada polis untuk siasatan.

PUTRAJAYA 21 Jun – Kementerian Dalam Negeri mengeluarkan kenyataan menjelaskan lelakiĀ  dalam video pertengkaran di jalan raya yang tular di media sosial baru-baru ini yang mendakwa diri daripada kementerian itu adalah Ahli Kehormat Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang dilantik pada Februari 2015.

35779241_1964845890202701_8926025455178350592_n

(Gambar kenyataan KDN dari laman facebook)

 

Tambah kenyataan itu lagi, siasatan lanjut mendapati lelaki tersebut telah digantung daripada jawatan itu kerana disiasat atas dakwaan salah guna kuasa pada Mei 2017.

KDN turut memohon agar pihak terlibat tampil membuat laporan polis supaya tindakan selanjutnya untuk menyiasat individu tersebut boleh dijalankan oleh PDRM.

“Sehubungan itu, kementerian telah memanjangkan sedutan video itu kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut,” kata kenyataan itu sambil mengingatkan warga KDN atau mana-mana individu agar tidak menyalahgunakan nama KDN untuk kepentingan sendiri- TTKM –

35645080_149786392434337_1354437238376628224_n.jpg

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Privacy Policy Designed using Magazine News Byte. Powered by

RSS
Follow by Email
%d bloggers like this: