Tambah kenyataan itu lagi, siasatan lanjut mendapati lelaki tersebut telah digantung daripada jawatan itu kerana disiasat atas dakwaan salah guna kuasa pada Mei 2017.

KDN turut memohon agar pihak terlibat tampil membuat laporan polis supaya tindakan selanjutnya untuk menyiasat individu tersebut boleh dijalankan oleh PDRM.

“Sehubungan itu, kementerian telah memanjangkan sedutan video itu kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut,” kata kenyataan itu sambil mengingatkan warga KDN atau mana-mana individu agar tidak menyalahgunakan nama KDN untuk kepentingan sendiri- TTKM –