Agensi berita Jepun, Nikkei Asian Review melaporkan syarikat arak terbesar Filipina, San Miguel sedang meneliti untuk membeli aset milik negara Malaysia, ketika kerajaan yang dipimpin perdana menteri Tun Mahathir Mohamad dilihat mahu mengurangkan hutang negara.
(Tangkap layar dari laman web Nikkei Asian Review)
Laporan tersebut juga memetik presiden dan ketua pegawai operasi (COO) San Miguel, Ramon Ang sebagai berkata beliau menjangkakan kerajaan Malaysia akan memindahkan beberapa asetnya berhubung pendedahan kononnya hutang negara adalah lebih tinggi dari yang dilaporkan sebelum ini.
Selepas memenangi pilihanraya ke 14 lepas, Tun Mahathir Mohamad mengumumkan jumlah hutang negara terkini adalah melebihi RM1 trillion, di mana menteri kewangan, Lim Guan Eng kemudian mengesahkan nilai tersebut. Mahathir menjangkakan hutang negara adalah 65% berbanding KDNKK, manakala bekas perdana menteri, Najib Razak mendakwa ia adalah pada 50.8%. Walaubagaimanapun, pengkritik mengatakan jumlah tersebut merupakan propaganda kerajaan yang dibuat sebagai alasan untuk tidak menunaikan janji manifesto mereka. Pada minggu lepas, agensi Moody juga masih mengekalkan hutang negara pada 50.8% menyangkal nombor yang diberikan Tun Mahathir.
(Tangkap layar dari laman web The Star)
“Saya memikirkan mereka (kerajaan baru) akan melakukan banyak penswastaan jadi nampaknya ada peluang-peluang”, kata Ang sambil menambah San Miguel berminat dalam sektor minyak dan tenaga.
San Miguel mempunyai syarikat di Malaysia melalui Petron, bahagian penapisan minyak dan pemasaran. Keuntungan Petron adalah separuh dari keuntungan San Miguel seluruhnya.
Petron berkembang di Malaysia pada 2011 apabila ia membeli syarikat minyak Malaysia, Exxon Mobil. Kini ia mengoperasikan 600 stesen minyak dan penapisan minyaknya di Port Dickson yang menghasilkan 88 000 tong sehari. Tahun lepas, Petron mengatakan ia akan melabur sebanyak RM3.5 billion untuk melebarkan kapasiti penapisannya kepada 178 000 tong sehari.
Syarikat San Miguel menjadi tular di Malaysia apabila anak sulung Tun Mahathir, Mirzan Mahathir dilantik sebagai ahli lembaga pengarah syarikat tersebut pada 2009. Mirzan membeli 19.9% saham San Miguel Corp pada harga RM2.9 billion melalui Q-Tech Alliance Holdings Inc, syarikat pelaburan Filipina dimana Mirzan merupakan rakan kongsi.
Anwar Ibrahim serta beberapa tokoh politikus pembangkang pada ketika itu mengkritik tindakan Mirzan dan mempersoalkan dari mana datangnya duit RM2.9 billion yang diperoleh Mirzan untuk membeli saham San Miguel.
Malah, Rafizi Ramli turut berkempen melarang rakyat Malaysia mengisi minyak di Petron kerana menurut beliau akan mengkayakan Mirzan, anak Tun Mahathir.
Walaubagaimanapun, memandangkan kini ayah Mirzan sudah kembali menjadi perdana menteri sekali lagi, semuanya krik krik bunyi cengkerik.
Pada 2010, Mirzan meletakkan jawatan sebagai ahli lembaga pengarah San Miguel tetapi kekal sebagai pengarah Petron Corp. Hasil carian TTKM di Bloomberg mengesahkan Mirzan masih merupakan salah seorang dari ahli lembaga pengarah Petron Corp.
Pepatah orang-orang tua ada mengatakan, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi?
-TTKM-