
KUALA LUMPUR: Chef tersohor Malaysia, Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan membidas cadangan Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran untuk mengharamkan tukang masak asing bermula Januari 2019, yang beliau sifatkan sebagai perkauman.
(Gambar dari The Star)
Melalui akaun instagram beliau, Chef Wan meluahkan kekecewaan mengenai cadangan kontroversi ini.
“Saya mendapati arahan ini sebagai rasis. Bagaimana kita boleh menghentikan kaum lain di dunia ini untuk menimba ilmu dan kemahiran dalam sebarang jenis masakan di dunia? Makanan seperti juga cinta, tiada sempadan”
“Kita mempunyai ramai chef rakyat Malaysia di seantero dunia di pelbagai bandar yang melakukan perkara sama”
Chef Wan turut melontarkan beberapa persoalan kepada kementerian:
“Kenapa secara tiba-tiba immigran lain di dalam negara ini tidak boleh memasak masakan Malaysia hanya kerana mereka bukan rakyat Malaysia?”
“Kenapa kita perlu mendiskriminasikan mereka? Negara lain tiada pula melayan bangsa lain seperti rakyat kelas kedua.”
Selain itu, Chef Wan turut memperli tindakan kementerian dengan memetik kes perlantikan menteri kewangan dan peguam negara.
“(Apabila terdapat bantahan bahawa) Menteri kewangan tidak boleh orang cina, peguam negara tidak boleh orang india, pandai pula kita marah rakyat Malaysia yang lain (kerana membantah sedemikian), tetapi kita boleh pula melakukan perkara tersebut kepada (bangsa) negara lain di dunia ini?”
Pada Khamis lepas, Kula dilaporkan berkata bahawa semua restoran perlu mengambil pekerja tempatan sahaja sebagai tukang masak bermula Januari tahun depan.
(Gambar dari Sinar)
“Kami mahukan orang tempatan diambil bekerja sebagai tukang masak. Tiada kompromi…kami beri masa hingga 31 Disember untuk berbuat demikian. Jika gagal, kami tidak dapat bantu lagi,” katanya.
Selepas dikritik teruk oleh netizen dan pengusaha restoran, Kula kemudian melakukan U-Turn dan mendakwa arahan beliau itu cuma cadangan sahaja.
Berikut merupakan kenyataan asal penuh Chef Wan (tanpa disunting) seperti yang dipaparkan di akaun instagram beliau :
(Tangkap layar instagram Chef Wan)
“I was asked to comment last night on this issue by Harian Metro.
I find this new ruling to be racist.
How can we stopped other races in this world to acquire knowledge and skill in any cusine of the world.
Food like love has no boundary.
We have many Malaysian chefs across the world working in so many cities of the world doing the same thing.
So my question to the minister why is it diff suddenly other inmigrants in this country cannot cook Malaysian food simply because they are not Malaysian?
Why do we need to discriminate them?
Negara lain tak pulak treat other races mcm 2nd class citizen.
Minister of Finance cannot be chinese, Peguam Negara tak boleh Indian pandai pulak kita marah to discriminate our own fellow Malaysian but we can do that to the rest of world?
Tukang masak or Peguam Negara mau pun Menteri pun its a job perform by us human beings.
If their chefs are not good then train them la and improved their skills.
Jika ada sifat pengotor ajar la mereka and supervise all this restaurants and food out let lah to meet certain standard of food hygience, sanitation etc.
Ini tak saya dengar banyak restaurant yg kotor ni kata mereka boleh rasuah lagi bila yg dtg check restaurants mereka jika nak kena fine.
This has been happening for years.
So nak salah siapa?
Ingat just because we only hire Malaysian chef our standard of food can be better?
Sikap Msian Chefs kita tu sebenarnya yg need huge improvement!
Daripada kita menuding kan jari pada orang2 Asing ini ada la lebih kita lihat kelemahan kita sendiri.
Over the years these country loose alot of chefs to other countries.
Tak usah pi jauh la.
Singapore tu pun cukup.
Why? They are better paid and respected more then working in this country pun.
The grass is greener on the other side so depa cabut lah.
Can u blame them for doing that?
Any passionate human beings can be a good chef regardless of their race pun jika they were given proper training if the owners of all this hospitality industry are serious in improving their Malaysian food.
If as a chef i work in Sydney, London, Paris to improve my skills in those country cusine and suddenly was told i cant as i am not good enough how would i feel?
Kecewa kan?” – Chef Wan.
-TTKM-
Leave a Reply