Sun. May 26th, 2019

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

U-Turn lagi : Kula dakwa pengharaman tukang masak asing cuma diperingkat cadangan.

1 min read

image (1)

Kuala Lumpur : “Sembang kencang, pokok pun boleh tumbang bro!”

Itulah yang berlaku hari ini apabila menteri sumber manusia, M Kula Segaran dilaporkan oleh The Malaysian Insight sebagai berkata arahan pengharaman tukang masak asing hanya merupakan cadangan dan masih memerlukan perbincangan dengan pihak berkepentingan.

Tambah beliau lagi, tiada keputusan yang tegas diambil.

“Tiada keputusan lagi. Kita perlu berbincang dengan pihak berkepentingan”, kata Kula apabila dihubungi TMI.

Semalam, Kula dilaporkan berkata bahawa semua restoran perlu mengambil pekerja tempatan sahaja sebagai tukang masak bermula Januari tahun depan.

“Kami mahukan orang tempatan diambil bekerja sebagai tukang masak. Tiada kompromi…kami beri masa hingga 31 Disember untuk berbuat demikian. Jika gagal, kami tidak dapat bantu lagi,” katanya di sini, semalam.

Pengumuman Kula ini dikritik hebat oleh netizen dan pemilik restoran mamak seluruh Malaysia.

Malah, Kula turut digelar sebagai seorang yang xenophobic.

-TTKM-

 

3 thoughts on “U-Turn lagi : Kula dakwa pengharaman tukang masak asing cuma diperingkat cadangan.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © All rights reserved. Newsphere by AF themes.
RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: