Tue. Oct 15th, 2019

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

U-Turn lagi : Putrajaya tidak jadi batalkan ECRL. Mahu runding harga

1 min read

Kuala Lumpur: Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata kerajaan sedang melihat untuk merundingkan projek kontroversi ECRL dengan negara China dengan harapan untuk mengurangkan kos.

LIm-Guan-Eng-636x395.jpg

(Gambar dari Malaysian News)
“Dalam projek ECRL, kita sudah bayar RM20 billion. Jadi adalah tidak masuk akal sekiranya kita membatalkannya kerana kita telah pun membayar RM20 billion” ujar Lim Guan Eng seperti yang dilaporkan portal The Malaysian Insight.


Manakala untuk projek keretapi laju HSR KL-Singapura, Lim mengatakan ia sedang dikaji.

“Mengkaji (HSR) bermaksud ia mungkin tidak akan berjalan. Ia mungkin ditangguhkan. Runding kembali (untuk ECRL) bermaksud kita sedang bercakap mengenai (rundingan) harga”


Walaubagaimanapun, Lim tidak memberitahu berapa banyakkah jumlah yang mahu dikurangkan oleh kerajaan berhubung kontrak ECRL.

Ketika kempen PRU 14, Tun Dr Mahathir menyatakan akan membatalkan projek ECRL sekiranya menang di Putrajaya jika mendapati ia tidak berdaya maju dan menguntungkan. Dr Mahathir berkata demikian dalam slot video secara langsung ‘Bicara Dasar: Pentadbiran dan Ekonomi’ disiarkan menerusi Facebook. -TTKM-

 

 

2 thoughts on “U-Turn lagi : Putrajaya tidak jadi batalkan ECRL. Mahu runding harga

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © All rights reserved. Newsphere by AF themes.
RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: