(Gambar dari Kosmo)
Kuala Lumpur : Sudah jatuh dibatut ular. Itu lah yang berlaku kepada YB Nga Kor Ming apabila beliau dilaporkan The Malay Mail gagal dilantik menjadi menteri ataupun timbalan menteri dalam kabinet baru kerajaan Pakatan Harapan walaupun parti DAP mendapat kerusi paling banyak di negeri Perak.
Ketika kempen PRU 14 , Lim Guan Eng telah terbulu-bulu berjanji kepada pengundi Teluk Intan bahawa Nga Kor Ming akan dilantik menjadi menteri sekiranya beliau merampas kerusi tersebut dari presiden Gerakan, Mah Siew Keong.
“Untuk masuk Putrajaya, kita kena menang kerusi termasuk di kawasan yang ahli parlimennya adalah menteri, MP Teluk Intan ialah menteri di jabatan perdana menteri.
“Jadi kalau kita nak kalahkan dia, kita mesti hantar pemimpin besar yang berwibawa, kita mesti hantar seorang calon yang bila kita menang di Putrajaya parti DAP akan lantik dia juga sebagai menteri,” kata Lim Guan Eng ketika kempen PRU14.
Pada PRU 14 lepas, Nga Kor Ming menang bergaya membatutkan Mah (yang undi beliau jatuh merunam teruk berbanding PRK Teluk Intan melawan Dyana Sofea) dengan mendapat majoriti 11179 undi.
Menurut sumber, Perdana Menteri , Tun Dr Mahathir Mohamad kemungkinan menolak Nga Kor Ming kerana beliau didakwa mengeluarkan beberapa komen yang rasis dan menyentuh sensitiviti pada masa lepas.
Malah satu video yang tular pada PRU 14 menunjukkan ceramah Nga Kor Ming yang berunsur perkauman dan memperli umur Dr Mahathir. Tidak batut!
“Jadi kita kena tolong orang tua (Mahathir) ini. Lepas dia dah siapkan semuanya (gulingkan Najib), mungkin lepas tu, selamat tinggal sayangku,” katanya yang membayangkan Dr Mahathir boleh ‘pergi meninggalkan dunia’ selepas Pakatan Harapan memerintah.
Di dalam video tersebut juga , Nga Kor Ming turut mempersendakan bekas Presiden Singapura, mendiang Lee Kuan Yew yang kononnya menelefon Dr Mahathir dari alam kubur bertanyakan “kau bila nak naik atas ni?”
Wahai! Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya dibatut ular tua juga. -TTKM-
Glosari perkataan yang diperkenalkan di fb Nga Kor Ming :
dibatut= dipatuk
merunam= menjunam