Eksklusif : Siti Kasim dicekup polis, ditahan di lokap Semenyih.

KAJANG 24/06/2018. Siti Kasim was arrested early this morning for kidnapping a woman whom the lawyer insisted she had rescued from the latter’s allegedly abusive mother. MALAYMAIL/Azneal Ishak.

KAJANG: Peguam dan aktivis, Siti Kasim ditahan polis malam tadi di IPD Kajang berhubung siasatan di bawak seksyen 363 (penculikan) dan seksyen 186 (menghalang penjawat awam dari melakukan tugas).

Penahanan beliau disiarkan secara langsung melalui facebook rakan Siti, Suri Kempe:

Setakat jam 4:55 pagi tadi, Siti telah dibawa ke lokap Semenyih untuk mendapatkan tahanan reman di mahkamah Kajang.

Cerita dari Siti Kasim

Terdahulu, Siti berkicau mendakwa polis telah memecah masuk rumah beliau untuk membawa wanita A yang didakwa Siti mendapatkan perlindungan di rumah beliau.

1

Menurut satu hantaran di facebook Siti Kasim pada 23 Jun lepas, beliau mendakwa wanita A menghubungi  beliau beberapa bulan lalu untuk menjauhkan dirinya dari ibu yang dikatakan “abusive, domineering and controlling”  . Wanita A mendapatkan nasihat Siti Kasim sama ada beliau boleh keluar dari rumah ibunya dan menjalankan kehidupan sendiri.

Walau bagaimanapun, ibu wanita A telah membuat laporan kepada polis dan JAIS menyatakan mental anaknya tidak stabil dan akidah beliau dalam persoalan.

2

Dalam satu video yang lain sebelum Siti ditahan polis, dapat dilihat wanita A menjerit di sebalik pintu yang dibuka separuh, mendakwa beliau tidak diculik oleh Siti.

Cerita dari polis:

Sementara itu, polis mendakwa mereka bertindak terhadap Siti Kasim dan wanita tersebut berhubung laporan polis yang dibuat ibunya.

“Si ibu telah membuat laporan polis pada 21 Jun menyatakan anaknya telah dibawa lari oleh Siti ketika sedang menjalani pemeriksaan psikiatri di hospital kajang” kata ketua Pembantu Kanan Kommisioner Selangor, Fadzil Ahmad (gambar)

Fadzil Ahmat

(Gambar dari The Star)

Dalam pada itu, pada Ahad 24 Jun, polis juga telah membuat laporan polis di mana terdapat insiden Siti cuba memasuki bilik pemeriksaan walaupun dihalang oleh penjaga sekuriti.

Setelah polis mendapat tahu lokasi wanita A, mereka melakukan serbuan ke rumah Siti tetapi wanita tersebut didakwa mengunci dirinya di dalam bilik.

“Mangsa enggan bekerjasama, dan telah mengunci dirinya dalam bilik. Oleh kerana ini polis terpaksa memecah masuk untuk memastikan beliau tidak mencederakan dirinya dan orang lain”

Menurut SAC Fadzil lagi, wanita A telah dihantar kembali ke hospital untuk menjalankan semula pemeriksaan yang terhenti sebelum itu.

TTKM difahamkan A telah pun dibebaskan dari Hospital kajang pagi tadi.

Perkembangan terkini

Mahkamah majistret kajang menolak permohonan polis untuk tahanan reman Siti Kasim. Beliau dibebaskan serta merta.

AI_2_Siti_Kasim_2018_06_24

(Gambar dari Malay Mail)

Menurut kicauan Ivy Josiah, lebih kurang sedozen peguam datang mewakili Siti Kasim termasuklah bekas pengerusi Bersih, Ambiga.

Capture

Sementara itu, aktivis Suaram, Nalini mempersoalkan tindakan polis melakukan tahanan pada lewat malam di mana ini bercanggah dengan janji peguam negara sebelum ini. -TTKM-

nalini.PNG

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.