Pendapat: Penggunaan mandarin untuk kenyataan kementerian, Guan Eng tidak faham perlembagaan.

Oleh: Madi Azmadi

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mempertahankan keputusan mengeluarkan siaran media dalam tulisan Cina atas semangat Perkara 152(1) Perlembagaan Persekutuan yang mana tiada seorang pun yang boleh melarang/menghalang penggunaan bahasa lain.

(Rujuk ulasan TTKM di sini )

Kalau dibaca Perlembagaan Persekutuan, Perkara 152(1)(a) ayat penuhnya adalah;
“Tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain bagi maksud rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain”.

a

(Tangkap layar perlembagaan negara perkara 152(1))

Perihal Bahasa Kebangsaan dalam Perkara 152 tidak terhad hanya kepada 152(1). Perkara 152 perlu dibaca secara menyeluruh. Bukan sekadar melakukan pemilihan selektif-tangkap muat!

Dalam Perkara 152(1)(a) mengandungi ayat ‘selain bagi maksud rasmi’. Kalau disambung bacaan, Perkara 152(6) dengan jelas menyatakan;
“Dalam Perkara ini, “maksud rasmi” ertinya apa-apa maksud Kerajaan, sama ada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, dan termasuklah apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam”.

Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan perlu dibaca secara keseluruhan, bukan sekadar Perkara 152(1). Sambungannya panjang sehingga Perkara 152(6) yang menjelaskan maksud ‘selain bagi maksud rasmi’.

b

(Tangkap layar perlembagaan negara Perkara 152(6))

Ini bukan soal perkauman. Ini soal bila Lim Guan Eng  melakukan pemilihan selektif tangkap muat Perlembagaan Persekutuan untuk mempertahankan tindakannya. Tidak langsung mempersoalkan pengunaan bahasa lain selain bahasa kebangsaan.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.