Undian tunjukkan 74% tidak setuju had umur mengundi diturunkan 18 tahun.

poll

KUALA LUMPUR: Satu undian atas talian yang dilakukan TTKM di facebook page kami 22 Jun lepas menunjukkan 74% atau seramai 9500 mengundi tidak bersetuju had umur mengundi diturunkan kepada 18 tahun. Manakala 26% atau seramai 3200 mengundi bersetuju dengan cadangan tersebut.

Undian  yang dijalankan bermula Jumaat lalu mendapat 12800 partisipasi pengunjung facebook.

Terdahulu Tun Mahathir berkata adalah berbaloi untuk mempertimbangkan cadangan penurunan had umur ini.

image

(Gambar dari Sinar )

“Saya rasa berbaloi untuk mempertimbangkannya,” katanya dalam wawancara seperti yang dilaporkan oleh Malay Mail.

“Kita ikut amalan negara lain. Merendahkan umur dari 21 kepada 18 tahun satu langkah besar, tetapi ia satu pengiktirafan kerana rakyat semakin bijak dan boleh membuat pertimbangan.”

Walaubagaimanapun, rata-rata netizen memandang sinis dengan pertimbangan tersebut, disamping segelintir  yang menyokong.  Berikut merupakan beberapa komen netizen yang dapat kami kumpulkan dari undian tersebut. :

Mohd Nizam Lobo 21thn keatas pun boleh diperbodoh dgn gula2 PH nikan 18thn… Bagi topup 10 jalann…..rindu zamn atuk

Waheeda Mohamad Yg 21 tahun ni pun dah nak jahanam negara.. ko bg budak 18 tahun? Manifesto senang je.. nak kawin kerajaan sponsor.. motor percuma.. rempit tiap2 malam tanpa di tahan polis.. dah bole menang dah..

Alexander Cray Orange Kerajaan sekarang ditubuhkan atas jasa budak wichet dan budak yg blom lahir atau masih menetek semasa Mahathir bersara pada 2003, tapi letak hashtag #rinduzamantun kat mana² page di FB ni. Wajar suruh yg 18 tahun, baru keluar SPM, masih ambik STPM pergi mengundi?

Bhaiya Dan Kesimpulannya umur 18 tahun sibuk nak bercinta, layan tumblr dan berangan nak pakai honda, pengalaman kerja pun kerja sambilan 2 bulan kfc, 2bulan mcd, 2 bulan 7 eleven sementara tunggu keputusan upu apa kejadahnya nak mengundi nanti sembang gaji 1000 pun cukup untuk hidup sementara mak ayah bayarkan bil dan belikan spender lagi.

Muhd Hashim Omar Buat auto daftar yg berusia 21 tahun lg baguss.. 18 thn, apa yg dia tahunya klau yg tua2 pn bengong

Pyro Jezebeth Mephistopheles just nak bgtau kat malaysia ni ada satu akta nama dia Akta Umur Dewasa 1971. Akta ni kata umur dewasa bermula bila seseorang itu mencapai 18 tahun. tapi yg pelik kat malaysia ni kenapa mengundi masa umur 21 padahal dia sudah di katakan dewasa ikot akta tu bilamana umurnya sudah mencapai 18 tahun. hmmm.

Misnadi Bin Hamzah Kaalu umur 18 payah sikit lah..masa bila nak mengundi/berkempen..masa bila pulak nak meravers kat klcc

John See Na According to the law.. age of 18 is considered majority of age. And age of below 18 is considered minor.mengikut Akta Umur Dewaaa 1971, seksyen 2 & 4, umur dewasa adalah 18 tahun ke atas.
Mereka yg 18 tahun ke atas sudah boleh terlibat dlm menandatangani perjanjian. ( Sign Contract). Boleh terlibat dlm pinjaman bank, beli kereta, rumah dan lain lain seperti orang dewasa.
Oleh itu, saya rasa kalau umur 18 boleh mengundi sbb mereka bukan lagi golongan minor (budak), mereka dah pun orang dewasa.

Aqli Naqli 18 tahun, jika untuk zaman ini tidak ramai yang matang dalam membuat keputusan. Masih perlu lagi kepada didikan dalam berfikir matang, belajar, menerima pandangan, mengkaji, menganalisa, dan membuat keputusan dengan benar.

Kau Kucinta makin membiar dari dak dak wicet MENURUN ke dak dak hispter & ravers .. Pandai Atok gunakan #RinduZamanTun yang dak dak beringus nie lancarkan 🤣

Mohd Zamhuri Yaacob 18 Tahun keatas budak2 raver belambak la, sekali uchux bertanding terus jadi MP. Kegilaan apakah ini? 😆😆😆

Muhammad Afif Org tua pn boleh diperbodohkan oleh politicians… Inikan budak 18 tahun..?

Yus Nordin Umur 18 selalunya zaman seronok..x amik port sangat pasal politik..jadi aku x setuju..aku setuju kekal had umur mengundi 21 tahun tapi dengan syarat tak perlu mendaftar bagai..cukup 21 tahun automatik daftar..

Siew Xiang Wong umur 18 masih belajar di sekolah/pra -u/ foundation lagi, belum didedahkan dengan situasi politik universiti, tidak sesuai untuk mengundi langsung

 

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.