Isu penggunaan mandarin, LGE ternyata salah, perlu dikritik!

oleh : Editorial TTKM
Ada rakan media yang mempertahankan langkah LGE mengeluarkan kenyataan dalam mandarin di samping kenyataan dalam bahasa melayu dan inggeris.
 
Mereka mendakwa ia adalah kerana untuk memudahkan media cina kerana ada beberapa terma jika diterjermahkan oleh media sendiri, maksudnya akan terpesong.
 
Adakah selama 61 tahun ini ada kenyataan kementerian yang terpesong akibat tersalah tafsir oleh media bahasa cina?
 
Adakah kerja kementerian adalah untuk memudahkan media cina? Adakah selepas ini semua kementerian harus juga keluarkan kenyataan dalam bahasa mandarin juga?
 
Perlu ditekankan di sini, artikel 512(1) dan 512(6) menyatakan urusan rasmi kerajaan hendaklah dalam bahasa kebangsaan atau inggeris.
 
Artikel 512 tidak menghalang mana-mana bahasa dipraktikkan atau diajar, cuma ia bukan untuk urusan rasmi.
 
Kerajaan hanya perlu keluarkan kenyataan dalam dua bahasa itu sahaja untuk urusan rasmi, usaha terjemahan perlu dilakukan oleh media sendiri.
 
Jika rakan media cina yang kita kasihankan, bagaimana pula rakan media tamil, dan bahasa-bahasa lain?
Isu bahasa adalah sensitif.
 
Ada perkara yang perlu dikritik jika ia dilihat tidak betul.
Ini kena konsisten.
 
Manisfesto Pakatan harapan dengan jelas menyatakan akan “memartabatkan penggunaan bahasa Melayu sejajar dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, memperluaskan Bahasa Melayu sebagai sebagai bahasa ilmu dan lingua franca serantau”. 
Adakah manifesto yang ini juga perlu dikatakan “takkan hari ini kahwin esok sudah beranak?” -TTKM-
36189008_10156581443422147_7620373539136208896_n

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.