KUALA LUMPUR 26 Jun : Semalam, PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan akan mengkaji semula Perjanjian Air 1962 di antara Malaysia dan Singapura yang dianggap terlalu mahal.
(Tangkap layar dari Bloomberg)
Dr Mahathir dalam temubual dengan Bloomberg TV berkata ” Kita akan duduk dan bercakap dengan mereka(Singapura), seperti orang bertamadun”
Tidak sampai 24 jam, Tun Mahathir kemudian melakukan pusingan U. dengan mengatakan pula perkara tersebut bukan sesuatau yang perlu disegerakan.
Perjanjian Sungai Johor pada 1962 yang akan berakhir pada tahun 2061, memberikan negara pulau itu 250 juta gelen air mentah sehari pada harga 3 sen bagi setiap 1,000 gelen dan Malaysia membeli semula air yang dirawat pada harga 50 sen setiap 1,000 gelen.
Dalam perkembangan berasingan, Kementerian Luar Singapura mengeluarkan kenyataan mengatakan kedua-dua negara Malaysia dan Singapura wajib mematuhi semua provisi dalam perjanjian air 1962.
(Tangkap layar dari laman web Kementerian Luar , Singapura)
“Perjanjian air 1962 adalah perjanjian asas yang dijamin oleh kedua-dua negara dalam Perjanjian Perpisahan 1965 yang turut didaftarkan bersama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.” kata kenyataan tersebut.
Isu air merupakan satu lagi perkara berbangkit yang akan memberikan kesan terhadap hubungan Malaysia-Singapura. Ini berhubung keputusan terbaru kerajaan yang akan membatalkan projek keretapi laju (HSR) KL-Singapura, projek yang dimulakan oleh kerajaan Barisan Nasional terdahulu.
Buat pertama kali dalam sejarah, Barisan Nasional tersungkur dalam pilihanraya umum ke 14, pilihanraya paling sengit dalam sejarah. Pakatan Harapan yang diketuai oleh Tun Mahathir menang dan beliau kembali menjadi perdana menteri yang mempunyai rekod hubungan yang dingin dengan kerajaan Singapura.
Semenjak membentuk kerajaan hingga kini, Pakatan Harapan telah melakukan beberapa keputusan U-Turn yang menjadi bahan jenaka di media sosial. -TTKM-
Leave a Reply