Sun. May 26th, 2019

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

Isu penggunaan Bahasa Mandarin : Penjelasan pegawai media LGE.

2 min read

Oleh : Rahmah Ghazali 

(Atas prinsip kebebasan bersuara, TTKM tidak menyunting artikel ini yang pertama kali diterbitkan oleh Puan Rahmah di facebook beliau )

Sebagai seorang pegawai media kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan sebelum ini pernah bekerja sebagai seorang wartawan di akhbar arus perdana dan juga portal berita selama 10 tahun, saya sentiasa mengamalkan sikap professional saya sebagai seorang pemberita dan alhamdulillah, masih mengekal professionalism saya sebagai seorang penjawat awam di pejabat menteri (saya bukan ahli mana-mana parti and wish to remain this way).

Saya mengambil maklum tentang situasi yang berlaku sekarang di mana boss saya dihentam teruk kerana dikatakan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam bahasa Cina untuk urusan kerja di Kementerian.

35815127_1762842930451454_2045715291274477568_n

Saya sebagai pegawai media rasa terpanggil untuk menjelaskan keadaan sebenar kerana saya rasa saya juga bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku.

Sejak saya masuk ke pejabat menteri pada 23 Mei, kenyataan rasmi sememangnya dibuat dalam bahasa Melayu dan akan diterjemahkan ke Inggeris dan kadang-kadang ke dalam Bahasa Mandarin, jika kenyataan tersebut melibatkan terma-terma teknikal dan angka-angka besar kerana menteri tahu betapa susahnya untuk wartawan akhbar cina untuk terjemahkan perkataan atau ayat tertentu ke bahasa tersebut. Sebelum praktis menterjemahkan ke bahasa lain dibuat (semasa beliau di Pulau Pinang), ramai wartawan akan menelefon beliau untuk explain (menjelaskan) apa maksud ayat tertentu apabila kenyataan cuma dikeluarkan dalam BM atau BI. Jika praktis ini tidak diteruskan, bayangkan berapa banyak panggilan telefon saya atau beliau akan terima daripada wartawan menyuruh kami menjelaskan kenyataan tersebut. Jadi dengan adanya terjemahan, kami sekaligus menyenangkan kerja wartawan (dan kami juga). Tambahan lagi, Kementerian Kewangan adalah kementerian yang paling sibuk setakat ini.

Walaubagaimanapun, saya mengakui ada kesilapan di pihak saya di mana versi terjemahan bahasa Mandarin tidak perlu mempunyai kepala surat (letter head) kementerian seolah-seolah itu adalah kenyataan rasmi dan terjemahan tersebut perlulah diemel terus kepada wartawan akhbar cina dan bukan di public group Whatsapp di mana saya tubuhkan untuk kesenangan komunikasi antara saya dan rakan-rakan wartawan. Tiada niat tidak baik daripada pihak saya ataupun kementerian.

Bagi pihak LGE pula, ketika beliau dilihat (mempertahankan) terjemahan dalam Bahasa Mandarin di FB peribadi beliau (dengan menggunakan bahasa Mandarin), beliau sebenarnya memberi respons beliau kepada akhbar Cina yang sudahpun memainkan isu ini pada hari minggu lalu. Beliau merasakan jawapan dalam bahasa ibunda beliau lebih elok untuk mengelakkan kejadian “lost in translation”.

35026632_2126550454041711_3404918680629280768_o

I personally think he has a right to write in whatever language he wants to write in his FB account, hatta bahasa raver ke wechat ke I honestly do not give a damn. His space, his right.

OKlah tu je penat siut tulis dalam bahasa baku ni tau. thanks sebab baca sampai habis. hahah  – TTKM –

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © All rights reserved. Newsphere by AF themes.
RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: