Lewat umum kabinet, Istana nafikan laporan The Malay Mail yang tidak tepat.

Kuala Lumpur, 26 Jun : Semalam, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Dato Wan Ahmad mengeluarkan kenyataan media Istana Negara  menafikan laporan The Malay Mail Online yang seolah-olah menyalahkan Agong di atas kelewatan pengumuman kabinet.

(Tangkap layar dari The Malay Mail)

Laporan The Malay Mail itu menyebut Tun Dr Mahathir menafikan khabar angin terdapat perbalahan di dalam Pakatan Harapan, kerana sudah lebih sebulan semenjak membentuk kerajaan, barisan kabinet penuh masih belum diumumkan. Tun Mahathir dilaporan akan mengumumkannya sebelum hari raya Aidilfitri, tetapi ia berakhir dengan “krik krik bunyi cengkerik”.

 

“(Khabar angin perbalahan) itu tidak benar. Saya telah pun menyiapkan senarai (kabinet) dan telah menghantarkannya kepada Agong” ujar Tun Dr Mahathir.

Walaubagaimanapun, tajuk berita The Malay Mail tersebut “Cabinet list delay? Dr M says ball in Agong’s court”  dilihat seperti menyalahkan Agong diatas kelewatan itu.

(Kenyataan Istana Negara)

Menurut kenyataan terbaru dari istana, Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V telah menerima senarai nama menteri dan timbalan menteri tersebut daripada Pejabat Perdana Menteri pada 20 Jun lalu.

“Senarai nama menteri Kabinet tersebut telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong dan telah dikembalikan semula kepada Pejabat Perdana Menteri pada 22 Jun iaitu hari Jumaat,” kata kenyataan  tersebut sambil menambah istiadat mengangkat sumpah akan diadakan pada 2 Julai 2018.

“Pihak Istana Negara memohon agar semua pihak tidak melaporkan perkara-perkara yang bersifat negatif dan tidak tepat terhadap Yang di-Pertuan Agong,” kata Wan Ahmad Dahlan lagi.

Sebelum ini, pihak istana menjadi mangsa laporan tidak tepat yang mendakwa istana melengah-lengahkan istiadat angkat sumpah Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri yang baru selepas berjaya membentuk kerajaan pada 9 Mei. -TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version