Breaking News : RM1.1 billion nilai rampasan di kediaman dikaitkan dengan Najib.

Kuala Lumpur, 27 Jun: Sidang akhbar terkini Sidang media Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh memberikan jumlah nilai barangan yang dirampas di kediaman yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri, Najib Razak. Nilai keseluruhan adalah berjumlah setinggi RM1.1 billion



Berikut merupakan senarai ringkas :

RM880 juta- nilai pasaran barang kemas berjumlah 12000 item 
RM51.3 juta – nilai 567 beg, 37 jenama. 
RM78 juta – nilai 423 jam tangan. 
RM374k -nilai 234 cermin mata
RM116.97 juta- wang tunai. 
——————————————–
RM1.1 billion nilai keseluruhan.

Pada 16 dan 17 Mei lalu, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman menjalankan beberapa serbuan berkaitan 1MDB di dua premis di Putrajaya, empat di Kuala Lumpur dan tiga di Pavilion Residences serta di kediaman Datuk Seri Najib di Langgak Duta, Taman Duta.

Semua rampasan berkenaan adalah berkaitan siasatan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram.

-TTKM-

5ka4wp

betul-ke-saya-apa-pun-tak-tau

1 Trackback / Pingback

  1. Najib dakwa barangan yg dirampas adalah hadiah, penilaian polis adalah subjektif. | TTKM

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.