Masalah dalam Memperolehi Kerakyatan Malaysia – Rekomendasi PSM kepada JKuasa Khas Reformasi Institusi

Oleh : Jeyakumar Devaraj

 unnamed

Baru ini, isu masalah memohon kerakyatan sudah menjadi satu tajuk yang popular dan beberapa kumpulan kerja (task force) sedang ditubuhkan untuk mengendalikan masalah ini. Beberapa ahli PSM telah terlibat dengan individu-individu yang menghadapi masalah kerakyatan sejak 20 tahun yang lalu. Kami ingin mengesyorkan beberapa langkah yang harus diambil untuk mengatasi masalah ini.  Daripada pengalaman PSM mereka yang menghadapi masalah dalam memperolehi kerakyatan boleh dipecahkan kepada dua kumpulan yang utama –

Kumpulan A: Mereka yang belum mendaftarkan kelahiran ataupun memohon untuk kad pengenalan kerana kecuaian ibu-bapa dan keluarga (yang berpunca daripada kemiskinan, konflik antara ibu dan bapa, ketagihan arak ataupun dadah, dan sebagainya). Masalah mereka boleh diatasi jika mereka boleh dibawa ke pejabat JPN terdekat untuk mengisi borang-borang yang berkenaan.

Kumpulan B: Individu-individu kumpulan ini memerlukan pengubahsuaian SOP (standard operating procedure) ** tatakerja pihak JPN. Kerana pada takat ini, SOP JPN untuk kes-kes dalam kumpulan ini tidak dapat diselesaikan masalah mereka di perengkat JPN tetapi perlu rujuk kepada Menteri untuk kelulusan. Dan oleh kerana Menteri Dalam Negeri sangat sibuk dengan beberapa lagi perkara yang penting isu ini tidak dapat dikendalikan olehnya secara yang efisyen. Ketiadaan SOP yang membolehkan pihak JPN menyelesaikan kes-kes ini asecara “administrative” di perengkat JPN, mereka perlu kelulusan khas Menteri Dalam Negeri. Ini wujudkan satu “bottle neck” yang sangat sempit dalam perjalanan mereka kearah kewarganegaraan. Kes-kes dalam kumpulan ini boleh dibahagikan kepada enam kategori seperti dihuraikan di bawah.

Tujuan memorandum ini adalah untuk menghuraikan 6 kategori kes yang boleh dijumpa dalam kumpulan B dengan syor bagaimana SOP berkaitan kategori mereka harus diubahsuaikan supaya masalah mereka dapat ditangani secara efisyen. Hanya mengadakan lebih lagi “roadshow” dan menganjurkan sesi pendaftaran di akar umbi tidak akan menyelesaikan masalah mereka yang berada dalam kumpulan B. Kita perlu pengubahsuaian SOP JPN.

Kumpulan B boleh dipecahkan kepada 6 buah kategori –

  1. Kanak-kanak dengan ibu yang bukan warganegara dan tidak  didaftar kahwin pada bapa mereka yang berwarganegara Malaysia

Pada takat ini, SOP JPN tidak membenarkan kanak-kanak pada ibu bukan warganegara Malaysia memohon di bawah Seksyen 15(2) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan –

“ the Federal Government may cause any person under the age of 21 years of whose parents one at least is a citizen to be registered as a citizen upon application made to the Federal Government….”

jika ibu mereka tidak didaftar kahwin pada bapa mereka yang berwarganegara Malaysia pada takat kelahiran anak itu. Alasan yang dipakai oleh kerajaan BN adalah seksyen 17, Bahagian III, Schedule Dua Perlembagaan Persekutuan yang berkata –

references to a person’s parents, or one of his parents, are in relation to a person who is illegitimate to be construed as references to his mother”.

Dalam SOP JPN, “illegitimacy” disamakan dengan ketiadaan pendaftaran perkahwinan tanpa mengambil kira samada nama bapa tertera dalam sijil kelahiran dan kedua-dua ibu dan bapa menyatakan ianya memang bapa anak itu. Bukti DNA yang membuktikan bapa itu memang bapa kandung juga diketepikan dalam amalan JPN pada takat ini.

Oleh kerana pendekatan sebegini, semua kes dalam kategori ini dikendalikan sebagai kes 15(A) Perlembagaan Persekutuan yang berbunyi –

the Federal Government may, in such special circumstances as it thinks fit, cause any person under the age of 21 years to be registered as a citizen.

dan ramai antara mereka ditolak permohonan kewarganegaraan berulang kali.

(Sila rujuk Lampiran 1 untuk senarai 14 kes kategori ini yang dikendalikan oleh PSM dalam 5 tahun yang lalu)

Syor PSM: Tafsiran “illegitimacy” untuk perkara kewarganegaraan harus diperketatkan pada situasi di mana identity bapa tidak dapat dikenalpasti. Jika bapa dapat dikenalpasti melalui rekod dalam sijil kelahiran ataupun melalui ujian DNA, permohonan kewarganegaraan kanak-kanak itu harus dikendalikan di bawah Seksyen 15(2) dan jika dapat dibukti bapa kandung anak itu adalah warganegara dan anak itu dilahirkan di Malaysia, permohonan anak itu harus diluluskan di perengkat JPN. tidak perlu dihantar untuk keputusan Menteri Dalam Negeri

  1. Kanak-kanak yang ibu kandung mereka bukan warganegara dan bapa mereka tidak diketahui kewarganegaraannya, yang dianak angkat oleh keluarga berwarga Malaysia.

Pada takat ini kes-kes seperti ini diberi ruang memohon kewarganegaraan Malaysia di bawah Seksyen 15(A) yang telah dihuraikan di atas. Biasanya mereka ditolak berulang kali tanpa diberi sebab. Ini amat menyusahkan keluarga yang berkaitan kerana access untuk pelajaraan dan rawatan kesihatan tersekat untuk kanak-kanak yang bukan warganegara.

Senarai kes-kes  (3) di dalam kategori ini adalah diberi sebagai lampiran 2.

Syor PSM: Memandangkan kanak-kanak berkenaan adalah “stateless” dan tidak boleh dihantar balik ke mana-mana negara lain dan memandangkan mereka sudah menjadi sebahagian sebuah keluarga warga Malaysia, SOP JPN harus diubahsuai supaya semua kes di bawah kategori ini diluluskan kewarganegaraan mereka jika mereka telah dianak angkat oleh keluarga warga Malaysia selama 5 tahun ataupun lebih. Kuasa untuk melulus perkara ini harus diturunkan ke pegawai tinggi JPN dan dijadikan keputusan “administrative” (jika syarat yang perlu, berada pada pihak pemohon.)   

  1. Pemohon di bawah Seksyen 16

Ini merakumi mereka yang telah dilahirkan di Malaysia sebelum Merdeka dan telah menduduki Malaysia sehingga sekarang. Peruntukan di bawah Seksyen 16 Perlembagaan Persekutuan berbunyi seperti berikut –

“any person who was born in the Federation before Merdeka is entitled to be registered as a citizen if he satisfies the Federal Government that

a/ he has resided in the Federation for at least 5 out of the 7 years preceding his application;

b/ he intends to do so permanently;

c/ he is of good character;

d/ he has elementary knowledge of the Malay language”.

Walaupun perkataan “entitled” dipakai dalam seksyen ini, ramai yang memohon di bawah seksyen ini ditolak berulang kali tanpa sebab diberitahu. Mereka tidak diberitahu klausa yang mana di antara (a) hingga (d) yang gagalkan mereka.

Senarai e kes dalam kategori ini adalah diberi di lampiran 3.

Syor PSM: Sebabnya permohonan di bawah seksyen 16 ditolak harus dimaklumkan pada pemohon dan ruang untuk merayu keputusan itu harus diwujudkan dalam bentuk tribunal di mana sebuah panel 4 orang dengan dua individu daripada luar JPN mendengar dan memutuskan rayuan mereka. Klausa “c” tidak seharusnya dipakai untuk gagalkan pemohonan seorang kerana ada rekod “jenayah” yang kecil umpamanya satu kes gaduh 15 tahun terlebih dahulu. Jika digagal oleh JPN kerana klausa (d), panel tersebut harus memutuskan samada pertuturan Bahasa Melayu pemohon itu adalah di tahap “elementary knowledge” ataupun tidak.

 

  1. Pemohon di bawah Seksyen 19.

Seksyen 19 mengatakan –

the Federal Government may grant a certificate of naturalization to an applicant if satisfied that

  1. a)He has resided in the Federation for the required period and intends to do so permanently.
  2. b)He is of good character
  3. c)He has adequate knowledge of the Malay language”.

Ada ramai pemegang kadf pengenalan merah yang telah datang ke Malaysia bila mereka muda dan telah tinggal dan berkerja di Malaysia sehingga bersara tetapi digagalkan pemohonan mereka. Ada antara mereka ramai yang menduduki Malaysia lebih daripada 40 tahun dan ada anak dan cucu yang berwarga Malaysia.

Senarai 3 kes di bawah kategori ini adalah diberi dalam lampiran 4.

Syor PSM: Pemohon yang telah menduduki Malaysia untuk tempoh melebehi 15 tahun harus diberi peluang untuk merayu keputusan JPN di depan Tribunal yang dihuraikan dalam point 3 di atas .

  1. Kanak-kanak yang dibesarkan di rumah anak yatim.

Adanya beberapa ratus individu yang telah ditinggalkan oleh keluarga mereka bila mereka masih kecil dan dibesarkan di rumah-rumah anak yatim. Biasanya pengurusan rumah anak yatim mendaftarkan mereka di Jabatan Pendaftaran Negara dan mereka dikeluarkan Sijil Kelahiran. Tetapi nama dan kewarganegaraan ibu dan bapa tidak dicatit, dan oleh itu mereka ditakrif sebagai “bukan warga negara”.

Mereka yang dianak angkat oleh warga Malaysia boleh memohon di bawah seksyen 15(A) tetapi ramai tidak dianak angkat dan oleh itu tidak boleh pakai ruang ini. Ruang 15(A) tertutup untuk mereka yang telah mencapai umur 21 tahun. Ruang seksyen 16 hanya boleh dipakai oleh mereka yang lahir sebelum September 1957, dan untuk memakai seksyen 19, pemohon mesti tunjuk paspot asing dan kehadirannya di Malaysia mesti dihalalkan oleh visa dan permit berkenaan.

Oleh itu mengikut SOP JPN yang sedia ada pada takat ini, individu di dalam kategori ini tidak ada ruang untuk memohon kewarganegaraan. Ketiadaan Kewarganegaraan amat menyusahkan m  ereka. Mereka menghadapi masalah menghadiri sekolah. Bila mereka capai umur 20 tahun, mereka menghadapi masalah mencari kerja. Kerana tanpa kad pengenalan mereka tidak boleh mendaftarkan diri dengan KWSP ataupun Perkeso. Mereka hanya boleh cari kerja yang “non-formal” bercorak kontrak dan bergaji rendah. Mereka tidak boleh buka akaun bank ataupun memperolehi lesen memandu.

Bila mereka berkahwin, mereka tidak dapat mendaftarkan perkahwinan mereka, kerana JPN memerlukan kad pengenalan atau paspot asing untuk mendaftarkan perkahwinan. Oleh itu anak-anak mereka diiktirafkan sebagai dilahir di luar nikah. Anak-anak pada wanita yang tiada kad pengenalan terus diiktiraf sebagai “bukan warganegara” juga, dan *** transgenerational transmission berterusan. Jika mereka jatuh sakit, mereka hadapi banyak masalah memperolehi rawatan. Hospital kerajaan caj mereka pada kadar yang beberapa kali lebih tinggi daripada warga Malaysia.

Lampiran 5 memberi senarai 6 individu dalam kategori ini.

Syor PSM: Memandangkan anak-anak yatim ini tidak boleh disalahkan untuk situasi mereka sebagai individu yang tidak ketahui ibu-bapa mereka, dan memandangkan mereka akan terus tinggal dan kerja di Malaysia, adalah wajar untuk sebuah negara yang meluhurkan keadilan untuk menyelesaikan masalah mereka dengan segera. JPN harus diberi SOP baru untuk meluluskan kewarganegaraan Malaysia kepada semua anak-anak yatim yang dibesarkan di rumah-rumah anak yatim sejak kecil walaupun ibu dan bapa tidak dapat dikenalpasti. Kuasa ini harus diturunkan kepada pegawai tinggi JPN dan dijadikan satu keputusan administrative

 

  1. Wanita yang tidak dibenarkan memohon kerakyatan melalui Seksyen 15(1) Perlembagaan Persekutuan.

Seksyen 15(1) menyatakan  – “any married woman whose husband is a citizen is entitled to be registered as a citizen ifthe Federal Government is satisfied that a) she has resided in the Federation throughout the two years preceding the date of applicatopn and intends to do so permanently and B) she is of good character.”

Malangnya tatakerja JPN memerlukan Sijil Perkahwinan untuk sesiapa yang ingin mengambil laluan ini. Tetapi JPN tidak membenarkan sesiapa wanita yang tidak memegang kad pengenalan (biru atau merah) ataupun paspot asing untuk mendaftarkan perkahwinan mereka. Ada beberapa kes di mana nama wanita dan suaminya ditertera dalam sijil kelahiran beberapa daripada anak-anak mereka. Tetapi mereka dihalang mendaftarkan perkahwinan mereka.

4 kes dalam sub kategori ini adalah disenaraikan dalam Lampiran 6.

Syor PSM: Wanita seperti ini harus dibenarkan mendaftarkan perkahwinan mereka dengan memakai Sijil Kelahiran mereka.  

Ketiadaan Kewarganegaraan Merugikan Negara.

Ketiadaan Kewarganegaraan tidak hanya menyusahkan individu dan keluarga yang terlibat.  dan merupakan Kos Tinggi untuk Negara. Peminggiran mereka tidak membawa sebarang kebaikan untuk masyarakat ataupun negara kita. Majoriti antara mereka tidak dapat pergi ke mana-mana negara lain. Betapa banyak kita menyeksakan mereka pun, mereka akan tetap berada di sini. Kerana mereka sudah hidup di Malaysia sepanjang umur mereka dan negara ini merupakan “tanah air”** mereka. Kawan-kawan mereka dan keluarga mereka adalah di Malaysia. Menyusahkan mereka dan menjadikan mereka lebih miskin tidak membawa faedah kepada sesiapa.

Kami berharap syor-syor untuk mengatasi isu ketiadaan kewarganegaraan yang dihuraikan di atas akan dikaji dan dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia. Tanpa mengubahsuaikan tatakerja yang sedia ada masalah ketiadaan kerakyatan di kalangan mereka yang sudah tinggal di Malaysia untuk hampir keseluruhan life/riwayat** mereka tidak akan diatasi.

 Terima kasih.

Jeyakumar Devaraj, Ahli JK Pusat PSM – 27/6/2018

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.