Najib dakwa barangan yg dirampas adalah hadiah, penilaian polis adalah subjektif.

Kuala Lumpur, 27 June : Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, penilaian barang, terutama barang kemas yang dirampas polis di kediaman yang dikaitkan dengannya adalah subjektif dan tidak realistik.

Beliau berkata demikian dalam temubual eksklusif bersama Malaysiakini di pejabat portal berita itu di Petaling Jaya, hari ini.

“Ia bergantung kepada sumber permata itu. Ia bergantung adakah ia hadiah atau bila ia dibeli. Penilaian mungkin akan jadi berbeza. Maka, janganlah kita terlalu teruja dengannya. Marilah kita melihat barang berkenaan, setiap barang, dan kami berharap dapat memeriksanya dan kita dapat membuat kesimpulan sumber barang itu dan dapat dijelaskan mengenai barang yang disita oleh polis,” – Najib Razak

(Bekas ketua editor Malaysiakini, yang kini bersama Malay Mail, Fathi Aris Omar menaikkan hantaran di facebook beliau menunjukkan gambar Najib Razak sedang santai berborak bersama Steven Gan dan Premesh Chandran, kredit gambar kepada Moo Hoo)

Najib turut menambah, item yang dirampas tu adalah hadiah yang diberikan oleh pemimpin negara luar dan rakan-rakan, sambil mengatakan menerima hadiah bukan merupakan kesalahan.

“Apa yang saya tahu adalah bertahun sebagai ketua kerajaan, kita telah diberikan banyak barangan oleh pemimpin asing serta rakan peribadi dan saya tahu di bawah undang-undang, menerima hadiah bukanlah sesuatu yang salah. Hadiah-hadiah ini dikumpulkan lebih sedekad” – Najib Razak.

Najib Razak sempat juga memerli Dr Mahathir yang didakwa beliau turut menerima hadiah.

“Dr Mahathir mengakui menerima 40 ekor kuda dari rakan-rakannya dan pemimpin asing, dan beliau secara terbuka menggunakan banyak jet korporat dari rakan beliau, jadi adalah tidak salah menerima hadiah”– Najib Razak.

Hasil carian TTKM menemui laporan dari FMT mengesahkan dakwaan mengenai kuda-kuda tersebut.

(Tangkap layar dari laman web FMT)

Umum mengetahui Tun Dr Mahathir memang suka menunggang kuda, malah memiliki ladang kuda di Langkawi.

Di Langkawi juga terdapat Galeria Perdana yang menyimpan koleksi-koleksi hadiah yang diterima oleh Tun Dr Mahathir dan isterinya selama menjadi perdana menteri ke-4.

“If you take interest in museums having rare collections, artwork, show crafts & exhibits that provide rich reflections of history and culture from all over the world, then you will love to visit Galeria Perdana. It is a museum created to showcase all the gifts, souvenirs and awards received by the fourth and the longest serving Prime Minister of Malaysia Tun Dr. Mahathir bin Mohamad (who was fondly known as Dr. M) and his wife Tun Dr. Siti Hasmah bt. Mohd. Ali. All the gifts and souvenirs were given by delegates, statesmen and leaders from all over the world, Malaysians as well as guests and friends of the family during Tun’s tenure of service as the Prime Minister. Tun deeply felt that all such gifts & souvenirs which he received being the representative head of the country, are public properties and should be made accessible to the public. He therefore mooted the idea of creating a grand museum to showcase the collection. It was also a way to show his appreciation and gratitude to all the generous donors.” – Laman Web langkawi-insight.com

Galeria Perdana di Langkawi memaparkan koleksi hadiah-hadiah yang diterima Tun Mahathir dan isterinya.

Sementara itu, pihak DAP pula, seperti yang disebut oleh penceramah kontroversi Superman Hew Kuan Yau 丘光耀  mengatakan mereka menggunakan Tun Dr Mahathir sebagai kuda mereka untuk memenangi Putrajaya.

Terdahulu, pngarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh, hari ini, mendedahkan jumlah keseluruhan nilai barangan dirampas di kediaman berkaitan Najib ialah antara RM900 juta hingga RM1.1 bilion.

Ia membabitkan 12,000 pelbagai barang kemas yang ditemui dalam 25 daripada 72 beg yang dirampas polis dalam serbuan, Mei lalu.

Antara barang kemas itu ialah cincin, berlian, gelang dan subang yang keseluruhannya dengan nilai pasaran kira-kira RM880 juta.

Najib berkata, seperti mana-mana suami, beliau tidak menyedari sejauh mana koleksi barang kemas dan barang kemas yang dimiliki isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Daripada jumlah itu, sebanyak 2,200 unit adalah cincin, 1,400 rantai, gelang tangan 2,100 unit, subang 2,800 unit, kerongsang 1,600 unit dan tiara 14 unit.Barang paling berharga adalah seutas rantai emas dengan berlian putih berharga RM6.4 juta.Turut dirampas, sebanyak 567 beg tangan membabitkan 37 jenama seperti Hermes, Prada dan Chanel serta Bijan.Beg tangan Hermes bernilai kira-kira RM51.3 juta dan paling mahal berharga RM1.6 juta.Selain itu, turut dirampas 234 cermin mata hitam seperti Gucci dan Dior kesemuanya bernilai RM374,000, enam beg mengandungi 423 utas jam tangan bernilai RM78 juta membabitkan lebih 100 jenama.

Kesemua barang kemas dan wang kini disimpan di Bank Negara.

Sementara itu, blogger dalam buangan Raja Petra Kamaruddin pula mendakwa kisah Rm1.1 trillion ini adalah bersamaan dengan kisah tilam yang diusung ketika kes Liwat 1 Dato Seri Anwar Ibrahim, yang digunakan untuk menjatuhkan reputasi lawan politik.

(Tangkap layar dari laman web Malaysia-Today yang dikendalikan oleh RPK)

Pendedahan terbaru ini dilakukan ketika negara sedang kecoh mengenai isu ECRL yang melibatkan rakan Tun Mahathir, Vincent Tan  dan juga isu Lim Guan Eng yang mengeluarkan kenyataan rasmi Kementerian Kewangan dalam bahasa Mandarin. -TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version