Berita

Pemilihan PKR: Yuran bertanding cekik darah?

By Buletin TTKM

June 27, 2018

Kuala Lumpur, 27 Jun: Tular di media sosial beberapa slaid menunjukkan yuran yang terlalu tinggi untuk menjadi calon dalam pemilihan Parti Keadilan Rakyat yang akan datang.

Berikut merupakan senarai penuh yuran tersebut seperti yang dipaparkan di facebook  :

Yuran Pencalonan Majlis Pimpinan Pusat Presiden – RM25k Timbalan Presiden – RM20k Naib Presiden – RM 10k Ahli Majlis Pimpinan Pusat – RM5k

Yuran pencalonan Majlis Pimpinan Angkatan Muda Ketua AMK – RM10k Timbalan Ketua AMK – RM7k Naib Ketua AMK – RM5k Ahli Majlis Pimpinan Angkatan Muda – RM3k Yuran pencalonan Majlis Pimpian Wanita Keadilan. Ketua Wanita – RM10k Timbalan Ketua Wanita – RM 7k Naib Ketua Wanita – RM 5k Ahli Majlis Pimpinan Wanita – RM3k

Jawatankuasa Cabang Ketua Cabang – RM3k Timbalan Ketua Cabang – RM2k Naib Ketua cabang – RM1k Ahli Jawatankuasa Cabang – RM500 Jawatankuasa Angkatan Muda Cabang. Ketua Angkatan – RM500 Timbalan Ketua Angkatan Muda Cabang – RM400 Naib Ketua Angkatan Muda Cabang – RM300 Ahli Jawatankuasa Angkatan Muda Cabang – RM200 Jawatankuasa cabang Ketua wanita cabang – RM500 Timbalan ketua wanita cabang – RM400 Naib Ketua Wanita Cabang – RM300 Ahli Jawatankuasa Wanita Cabang – Rm200 Yuran yang terlalu tinggi itu telah menyebabkan kemarahan ahli PKR dan orang ramai.

SYED BADLI SHAH B SYED OSMAN, Setiausaha Angkatan Muda PKR Selangor menaikkan hantaran berikut di facebook beliau memperli syarat yuran tersebut:

Aku nak wujudkan team baru untuk pemilihan.#TeamKartong – Kartel tong-tong…. Sape takde duit yuran kita tong-tong – Syed Badli

Ini pula kicauan Hafizan Mazuki:

Saya bertanding AJK Cabang pada tahun 2014 dengan yuran RM10 atau RM20 barangkali. Kini RM500? Ini parti reform atau parti orang kaya? – Hafizan Mazuki

Walaubagaimanapun, Nik Nazmi, Ketua AMK merangkap ahli parlimen PKR Setiawangsa di akaun twitter beliau mengatakan perkara tersebut merupakan cadangan untuk menampung kos pemilihan. 

“Itu cadangan semalam untuk menampung kos pemilihan. Masih belum dimuktamadkan. Memang dari dulu ada yuran pertandingan kerana pemilihan KEADILAN dah dua kali sistem satu anggota satu undi – satu-satunya parti massa di Malaysia yang menggunakan kaedah itu.” – Nik Nazmi

Pada pemilihan PKR yang lepas, berlaku banyak kes kerusi terbang akibat ahli yang tidak puas hati dengan perjalanan pemilihan. Oleh sebab itu, PKR menjadi bahan jenaka di media sosial dengan maksud Parti Kerusi Rosak.

Oleh kerana cadangan yuran terlalu tinggi ini, PKR kini ditroll pula  sebagai Parti Kumpul Ringgit – TTKM-