KUALA LUMPUR, 28 Jun: Kecoh di media sosial apabila senarai nama 11 pegawai khas untuk menteri pendidikan menjadi tular. Hantaran yang dibuat di facebook page TTKM setakat ini telah mendapat 756 perkongsian dan rata-rata netizen mengecam tindakan menteri pendidikan, YB Dr Mazlee Malik yang membuat perlantikan politik seramai itu.
Sebelum ini, YB Dr Mazlee dilaporkan berkata kementerian pendidikan tidak dapat menunaikan janji manifesto PH berhubung penangguhan pembayaran hutang PTPTN jika gaji peminjam tidak mencecah RM4000 dengan alasan hutang negara yang terlalu tinggi.
Jika keadaan tersebut diambil kira, apakah keperluannya pembaziran dilakukan dengan melakukan lantikan politik untuk pegawai khas seramai 11 orang?
Untuk perbandingan, ketika zaman pemerintahan Barisan Nasional dulu, di bawah menteri pendidikan Dato’ Seri Mahdzir Khalid, TTKM mendapati beliau cuma melantik pegawai khas seramai 5 orang, seperti jadual di bawah:
Persoalannya di sini, jika kesemua pegawai khas adalah terdiri daripada penjawat awam Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD), ia bukanlah isu. Namun, berdasarkan maklumat serta pengalaman bertugas dalam sektor kerajaan, kebanyakannya adalah lantikan politik.
Bagaimana pula pegawai khas di kementerian lain?
TTKM memeriksa pula kementerian lain di bawah Pakatan Harapan untuk membandingkannya dengan kementerian pendidikan. Hasil pemeriksaan kami mendapati tiada kementerian lain melantik pegawai khas seramai yang dilantik Mazlee.
Kementerian Kesihatan.
Senarai nama pegawai khas Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly ada tiga orang iaitu:
Kementerian Kewangan
Senarai nama pegawai khas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng di sini cuma seramai dua orang, manakala satu lagi jawatan tersebut kosong.
Kementerian Dalam Negeri.
Senarai nama pegawai khas Menteri
Dalam Negeri, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin di sini juga seramai dua orang:
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Senarai nama pegawai khas YAB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail , di sini pula seramai empat orang:
Kementerian Pertahanan
Senarai nama pegawai khas Mat Sabu , di sini seramai dua orang sahaja:
Kementerian Pertahanan
Senarai nama pegawai khas Rina binti Mohd Harun , di sini seramai tiga orang sahaja:
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
Salahuddin Ayub cuma ada seorang pegawai khas.
Kementerian Pengangkutan
Sama juga seperti Salahuddin, Anthony Loke juga ada seorang pegawai khas.
Kementerian komunikasi dan Multimedia
Gobind menjadi juara setakat ini kerana beliau tidak langsung melantik walau seorang pegawai khas!
Maszlee perlu menjelaskan isu ini kerana ia membabitkan wang rakyat agar selari dengan kenyataan Menteri Kewangan, YB Lim Guan Eng bahawa hutang negara terlalu tinggi dan penjimatan harus dilaksanakan.
Dalam pada itu, apakah justifikasi YB Dr Maszlee dalam merencana pendidikan negara dengan jumlah pegawai yang ramai, seolah-olah menubuhkan pasukan bola sepak? -TTKM-
2 Comments