Kuala Lumpur, 28 Jun : Ketua Penasihat Kanan Kerajaan, Tun Daim Zainuddin telah datang mengunjungi Anwar di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur.
Gambar Daim dan Anwar dinaikkan oleh Anwar di akaun instagram beliau.
Dalam gambar tersebut, dapat dilihat Tun Daim yang sedang duduk, menuding telunjuk kirinya kearah anwar, manakala Anwar tersipu-sipu malu senyum kambing.
Pada PRU13 yang lalu, Tun Daim telah manjadi ‘punching bag’ Anwar Ibrahim yang menuduh Daim sebagai manusia paling korup dalam sejarah Malaysia. Rakaman video ada disertakan di bawah:
Selepas Pakatan Harapan memenangi PRU 14, Tun Dr Mahathir telah membentuk Majlis Penasihat Kerajaan yang diketuai Daim. Ahlinya yang lain adalah bekas Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Tan Sri Mohd Hassan Marican, Ahli Ekonomi Profesor Jomo Kwame Sundaram dan cukong Robert Kuok.
(Gambar dari Sinar Harian)
Tun Daim dilihat sebagai orang kepercayaan Tun Mahathir malah beliau menjadi orang pertama yang mencadangkan supaya peralihan kuasa dari Tun Mahathir kepada Anwar berlaku pada pertengahan penggal dan menyifatkan ia tindakan “bodoh” untuk menukar perdana menteri sekarang seperti yang dimahukan oleh penyokong Anwar.
“Jika anda mungkir janji kepada rakyat, mereka tidak akan percaya anda lagi,” – Daim.
Sebelum ini, Daim dilaporkan menemui Anwar dan memberitahunya:
“Anda semua mencuba nasib banyak kali dalam pilihan raya tetapi gagal. Sama ada anda suka atau tidak, Dr Mahathir berjaya.”– Daim
Anwar pula yakin bahawa Tun Mahathir tidak akan mempermainkan beliau lagi (dan akan menyerahkan kuasa kepadanya) dalam satu sesi Terus Terang yang dijalankan Invoke :
“Kadang-kadang timbul perasaan adakah Mahathir nak ‘main’ aku sekali lagi ada juga saya dengar, tapi saya kata keadaan dah berubah. Mahathir cuma mahu tinggalkan legasi yang baik bukannya imej negatif. Saya fikir, asalkan saya dan beliau ada hubungan peribadi yang baik, tidak layan hal-hal negatif negara akan maju,” – Anwar Ibrahim.
Untuk rekod, Rafizi Ramli sebelum ini mendakwa Tun Dr Mahathir sebagai seorang yang mempunyai rekod lidah bercabang.
“Rekodnya lidah bercabang. Kalau dia kata dia Melayu, maksudnya dia India, mamak! Kalau dia kata Anwar liwat, maksudnya Anwar tak liwat.- Rafizi Ramli
-TTKM-