Kalaulah Lim Guan Eng tu kawan saya…

Surat Pembaca oleh Anas.

Kalaulah Lim Guan Eng tu kawan saya:

Andaikata dia datang berjumpa saya lepas jadi Menteri Kewangan Malaysia, dia bawa fail merah depan saya, dan berkata:

Najib bohong berkenaan hutang negara (hutang kerajaan)’

dia menambah lagi:

‘dalam fail ini menunjukkan Hutang Negara yang sebenar adalah RM1trilliun dan kewangan negara dah nazak’.

LGE bercakap depan saya pula dengan ekspressi muka menggelabah dengan mata terbeliak seperti  dalam sidang akhbar pertama beliau sebagai menteri kewangan itu hari .

Perkara yang saya akan buat mengikut kronologi adalah:

1) Rampas fail merah itu tanpa membacanya pun , saya gulungkan fail itu supaya ia jadi padu dan ketuk kepalanya kuat kuat( KAH KAH KAH)

2) Setelah beberapa kali saya ketuk kepala dia dan dia menjerit “Adoi! Adoi, Adoi!” barulah saya berhenti.

3) Kemudian saya sekolahkan LGE, saya akan katakan kepadanya Jumlah Hutang Negara adalah sama dengan Total Outstanding Malaysian Goverment Securities (MGS/Bond kerajaan Malaysia) yang dikeluarkan Kementerian Kewangan melalui Bank Negara. Satatistik ini tidak dapat dipalsukan. Ketika itu berjumlah RM686 billion bukan RM 1 trillion.

4) Saya beritahunya, Kewangan negara hanya akan nazak jika Kerajaan Malaysia berhutang dalam matawang asing dalam jumlah yang tinggi. Andaikata jumlah hutang negara/kerajaan RM1.2trillion sekalipun tapi hutang itu adalah dalam matawang RM, maka tetaplah kewangan negara tidak nazak.

5) Saya nasihatkan LGE jika dia tak boleh hadam perkara di atas elok dia letak jawatan sebagai Menteri Kewangan kerana kebodohan dia bukan saja memalukan penyokong PH malah akan memalukan seluruh rakyat Malaysia.

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.