U-Turn lagi: 100 hari tak cukup nak tunai janji HARAPAN-Tun

Kuala Lumpur: Perdana menteri baru yang lama, Tun Dr Mahathir mengakui tidak dapat menunaikan janji manifesto 100 hari Pakatan Harapan. Beliau berkata demikian seperti yang dilaporkan oleh portal Malaysiakini.

Tambah beliau, perkara ini berlaku kerana manifesto tersebut dirangka ketika mereka tidak menjangkakan mampu menang selesa pada PRU 14 mengatasi BN, maka mereka memberikan janji-janji yang kuat.

“Memanglah semasa itu kami sangka kami tidak boleh menang (PRU) lalu kami memberikan janji-janji yang kuat, yang kami dapati sukar untuk dilaksankaan pada hari ini. Kami katakan (dalam manifesti) bahawa dalam 100 hari kami akan menunaikan 10 janji berbeza. Tetapi sekarang kami dapati agak sukar untuk memenuhi objektif 100 hari berkenaan,”  – Tun Dr Mahathir.

467f5b3f95e318d09aec62eefaafaf82

(Gambar dari The Australian)

Walau bagaimanapun, Tun berkata kerajaan akan memberi jaminan akan menunaikan segala janji yang telah ditaburkan sebelum ini.

“Kami masih melakukannya, tetapi ia mungkin memerlukan masa lebih sedikit daripada 100 hari…Kami sangat, sangat bekerja keras siang dan malam untuk cuba membina semula ekonomi negara ini,” – Tun Dr Mahathir

TTKM mendapati semenjak memenangi PRU 14, propaganda hutang RM1.3 trillion yang dilakukan oleh PM dan menteri kewangan tidak langsung membina ekonomi negara. Sebaliknya, ia telah menyebabkan pelabur luar hilang keyakinan dan membawa keluar pelaburan mereka dari Malaysia berbillion-billion ringgit. Tambahan pula Menteri Kewangan, Lim Guan Eng lebih gemar melakukan kerja pembongkaran skandal yang sepatutnya boleh dilakukan oleh agensi lain dalam kerajaan, dari melakukan tugas memulihkan ekonomi negara.

Sebelum ini, Dato Seri Anwar Ibrahim turut menegur Lim Guan Eng supaya lebih menumpukan perhatian beliau dalam ekonomi.

“Saya ada bertemu dan memberitahu Lim Guan Eng bahawa jawatan Menteri Kewangan ini statusnya lebih sensitif.Setiap kenyataan (Menteri Kewangan) akan merujuk terus kepada pelabur,” – DS Anwar Ibrahim.

Setakat 28 Jun 2018, pengaliran keluar pelaburan asing dari Bursa Saham Kuala Lumpur telah mencecah berbillion-billion ringgit. Rujuk carta di bawah:

26b92f95-537f-454d-ba27-71e248063e86

Tidak cukup dengan itu, laporan sebelum ini mengesahkan KWSP turut mengalami kerugian nilai pelaburan sebanyak RM6 billion.

Terkini, matawang ringgit menjadi semakin lemah berbanding dollar amerika, dengan US$ 1 bersamaan dengan RM4.0425.

bumberg.PNG

Untuk rekod, Rafizi Ramli sebelum ini mendakwa Tun Dr Mahathir sebagai seorang yang mempunyai rekod lidah bercabang.

“Rekodnya lidah bercabang. Kalau dia kata dia Melayu, maksudnya dia India, mamak! Kalau dia kata Anwar liwat, maksudnya Anwar tak liwat.- Rafizi Ramli

Sementara itu, penyokong kerajaan membidas pihak pengkritik yang mengecam kerajaan kerana tidak menunaikan beberapa manifesto seperti yang dijanjikan. Menurut mereka ” Takkan hari ini kahwin, esok sudah beranak?”

Pengkritik membalas pula, sewaktu pilihanraya, “Pakatan tidak mengatakan akan beranak selepas 9 bulan, tetapi mereka berkata akan melahirkan anak selepas 100 hari. ”

-TTKM-

1 Trackback / Pingback

  1. Berita Troll Khas : Pencarian Macai PH berhasil | TTKM

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.