Beg Sekolah berat bukan pasal buku! – Menteri Pendidikan

Kuala Lumpur : Ahmad Maslan nampaknya ada pengganti.

mas.jpg

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee dilaporkan berkata Kajian Berat Beg Sekolah Murid Sekolah Rendah oleh Kementerian Pendidikan pada 2017 (ketika zaman BN) mendapati buku teks dan buku aktiviti sekolah hanya menyumbang 28 peratus daripada berat beg sekolah murid.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, berkata kajian itu mendapati lebihan 72 peratus berat beg murid disumbangkan oleh barangan lain seperti alat tulis, buku kerja swasta, uniform sekolah agama dan kokurikulum, bekalan makanan dan minuman, gajet dan berat beg itu sendiri.

sinar.PNG
Tangkap layar Sinar Harian

Kenyataan Dr Maszlee tersebut dikritik oleh netizen.

Wow ! nak tengok kertas kajian nie. Sekolah mana ?Betulkah peratusan sample nie ? Beg anak aku berat 80% (lebih kurang) buku teks dan latihan.
timbang kati ke ? – Mohd Shafiek Zainuddin 

Apelah nasib budak2 lg 5 tahun ni dpt menteri camni – Rashid Rahman

Dia ni 28% lebih blur daripada Maslan. Actually, aku respect bang Maslan more. – Khaira MN

Anak aku buh gerek dia dlm beg..patut berat – Azril MN

Budak² dtg sekolah niaga nasi lemak,memang la beg berat –Hafidzul Idris Pjo

Buat loker la utk simpan buku teks..keje sekolah hbiskan d sekolah..sabtu ahad anak bole g tusyen / hepi2 dgn family.. – Alexis Yasser Sanchez

Serius ni gelak bila Menteri 11 Pegawai Khas ckp fakta ke laut dalam..
28% je berat buku ? Mana dtg fakta ni Berat nanang ko ni …pg le timbang sendiri – Nemi Helmi

Sebelum ini Dr Maszlee dikritik kerana melantik seramai 11 orang pegawai khas, paling ramai berbanding mana-mana kementerian. Selepas tular di media sosial, seperti silap mata,  senarai nama tersebut disunting dan kini hanya tinggal seorang sahaja pegawai khas. -TTKM-

1 Comment

  1. Nampaknya setiap Menteri PH ada berbelas Pegawai Khas yg dilantik luar dari JPA/SPA. Pegawai Khas ini tugas mereka adalah mengampu dan berusaha untuk mencanang KEBODOHAN Menteri. Gaji sama dengan sekurang kurangnya Gred 44 didalam jawatan Kerajaan.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.