Lagi U-Turn : Akta MKN akan dikaji, bukan dihapuskan – Mat Sabu

Kuala Lumpur: Menteri Pertahanan, Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata Majlis Keselamatan Negara (NSC) akan dikaji semula untuk mengelakkannya digunakan untuk tujuan politik, bukan dihapuskan seperti yang dijanjikan oleh Pakatan Harapan dalam manifesto mereka. Demikian seperti yang dilaporkan portal FMT.

“Kita akan lihat balik secara serius sama ada kita mahu mengekalkannya atau memansuhkannya,-Mat Sabu

Mat Sabu berkata beliau mahu pelaksanaan MKN tidak ditekan untuk menjadi alat menyokong parti politik.

“Misalnya perlu menyokong Amanah, DAP dan PPBM. Kita mahu MKN lebih patriotik untuk membawa Malaysia ke depan. Mereka perlu berkhidmat untuk negara sebelum menjadi alat politik,” -Mat Sabu

Beliau kemudian diasak oleh wartawan, bertanyakan sama ada MKN akan dikekalkan, Mat Sabu berkata:

“Kita akan mengkajinya, adakah ia penting untuk dikekalkan atau dibatalkan, untuk saya (MKN) hanya akan dirombak..”- Mat Sabu

Akta MKN diluluskan pada Disember 2015 apabila 107 ahli Parlimen bersetuju, manakala 77 lagi menolak.

Gambar Reuters

Pada 11 Mei lalu, perdana menteri baru yang lama  Tun Dr Mahathir dilaporkan berkata kerajaan pimpinannya akan  memansuhkan akta tidak adil serta zalim termasuk  Akta Majlis Keselamatan Negara.

 

Manifesto Pakatan Harapan

Untuk rekod, manifesto Pakatan Harapan janji no 27 dengan jelas akan menghapuskan 5 akta termasuk Akta Majlis Keselamatan Negara 2016.

Setakat ini kerajaan Pakatan Harapan telah melakukan beberapa U-Turn sehingga menjadi bahan jenaka di media sosial dengan jolokan Pakat-U-Turn Harapan. 

Sementara itu, penyokong kerajaan masih lagi berpegang dengan pendirian mereka mempertahankan kerajaan dengan tagline “takkan hari ini kahwin, esok sudah beranak?” -TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version