Sun. May 26th, 2019

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

Malaysia mengalu-alukan pekerja asing mahir IT, mungkin beri kewarganegaraan- Tun

1 min read

KUALA LUMPUR 29 Jun: Bernama melaporkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir atau lebih dikenali sebagai Tun Det mengatakan kerajaan menggalakkan orang asing yang pintar dan mempunyai kemahiran IT untuk datang dan tinggal di Malaysia dan mereka juga boleh memohon kerakyatan Malaysia.

71499655392_MahathirMohamad.jpg
Gambar Awani

Dr Mahathir berkata, sebelum ini, dasar kerajaan tidak memberikan kerakyatan kepada orang asing.

 

“Sekarang, sekiranya orang asing datang dengan memiliki kemahiran tertentu yang kita perlukan, mereka akan dipelawa untuk tinggal di negara ini dan malahan menjadi warga negara sekiranya mereka mahu,” – Tun Det

Dr Mahathir mengumumkan perkara itu ketika mengadakan pertemuan dengan pemimpin perniagaan dari Dewan Perniagaan Amerika-Malaysia di Kuala Lumpur semalam.

Tambah Tun Det, perkara ini perlu supaya ia menyumbang kepada program industrialisasi negara.

“Kita mahu lebih ramai orang yang bijak datang dan tinggal di Malaysia dan menyumbang ke arah program industrialisasi “- Tun Det

Kenyataan Tun Det ini disambut dengan sinis di media sosial.

1

2

3

Untuk rekod, manifesto Pakatan Harapan janji no 34 mensasarkan supaya mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan. ‘

4
Manifesto Pakatan Harapan

Hasil carian TTKM dalam manifesto tersebut, tidak terdapat janji untuk memberikan kerakyatan kepada pekerja asing mahir IT.

Pengkritik menyifatkan kenyataan Tun Det ini seolah-olah kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan. – TTKM –

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © All rights reserved. Newsphere by AF themes.
RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: