

IPOH: Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu hari ini membacakan khutbah Jumaat pertamanya sejak menjadi menteri di Surau Salahuddin Al-Ayubi, Batalion Ke-23 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Kem Gua Permai, di sini.
Selain membaca khutbah, Mohamad Sabu atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu turut bersama menunaikan Solat Jumaat diimamkan Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
Tindakan Mat Sabu ini dilihat kontradik dengan apa yang beliau katakan pada 1998 dulu.Majalah Tamadun, edisi Julai 1998Pada tahun 1998, dalam satu wawancara bersama majalah Tamadun, Mat Sabu ada menyatakan bimbang Anwar naik jadi PM kerana menurut Mat Sabu, Anwar cukup pandai main agama dengan misalnya berkhutbah di Masjid Negara.
“Saya lebih bimbang dan secara peribadi biarlah Mahathir mengepalai pilihanraya akandatang kerana kalau Anwar naik menjadi PM, dia cukup pandai menggunakan agama. Minggu pertama dia menjadi PM, misalnya, Anwar berkhutbah di Masjid Negara akan disiarkan di seluruh negara. Lelaki pergi ke masjid sembahyang Jumaat dan wanitanya yang berada di rumah akan melihat bagaimana selepas merdeka, inilah Perdana menteri yang pertama membaca khutbah tanpa teks pada minggu pertamanya menjadi PM. Sesungguhnya, orang seperti Anwar begitu pandai dan licik menggunakan saluran agama dan pandai mengambil sentimen orang melayu berbanding Mahathir. Kita bukanlah takut tetapi kita tahu tahap pemikiran Melayu setakat mana. Jadi secara peribadi saya berdoa agar Mahathir kekal mengepai pilihanraya yang akan datang ( PRU 1999) – Mat Sabu
Nampaknya 20 tahun selepas itu, yang cukup pandai menggunakan agama dan membaca khutbah tanpa teks itu bukanlah Anwar tetapi orang tersebut adalah Mat Sabu sendiri
– TTKM-
Leave a Reply