SAH! Yuran cekik darah untuk bertanding pemilihan PKR

Kuala Lumpur : Bernama melaporkan Presiden PKR merangkap isteri kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail  atau lebih dikenali sebagai Jijah mengesahkan bahawa PKR mengenakan yuran mengikut kadar tertentu terhadap mana-mana individu yang ingin bertanding di peringkat kepimpinan pusat atau cabang pada pemilihan PKR tahun ini.

Jijah yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata penetapan kadar yuran itu telah dipersetujui secara rasmi dalam mesyuarat parti sebelum ini.

“Perkara ini ada dalam pekeliling dan kita tiada agensi kerajaan yang tanggung kerana ini urusan parti. Parti buat peraturan untuk kita sama-sama tanggung kos pemilihan itu,”– Wan Azizah

TTKM sebelum ini melaporkan perkara tersebut di sini .

Bayaran yuran yang dikenakan seperti yang ditularkan di media sosial adalah seperti berikut:

Yuran Pencalonan Majlis Pimpinan Pusat
Presiden – RM25k
Timbalan Presiden – RM20k
Naib Presiden – RM 10k
Ahli Majlis Pimpinan Pusat – RM5k

Yuran pencalonan Majlis Pimpinan Angkatan Muda
Ketua AMK – RM10k
Timbalan Ketua AMK – RM7k
Naib Ketua AMK – RM5k
Ahli Majlis Pimpinan Angkatan Muda – RM3k
Yuran pencalonan Majlis Pimpian Wanita Keadilan.
Ketua Wanita – RM10k
Timbalan Ketua Wanita – RM 7k
Naib Ketua Wanita – RM 5k
Ahli Majlis Pimpinan Wanita – RM3k

Jawatankuasa Cabang
Ketua Cabang – RM3k
Timbalan Ketua Cabang – RM2k
Naib Ketua cabang – RM1k
Ahli Jawatankuasa Cabang – RM500

Jawatankuasa Angkatan Muda Cabang.
Ketua Angkatan – RM500
Timbalan Ketua Angkatan Muda Cabang – RM400
Naib Ketua Angkatan Muda Cabang – RM300
Ahli Jawatankuasa Angkatan Muda Cabang – RM200

Jawatankuasa cabang
Ketua wanita cabang – RM500
Timbalan ketua wanita cabang – RM400
Naib Ketua Wanita Cabang – RM300
Ahli Jawatankuasa Wanita Cabang – Rm200

Kenyataan Jijah ini bercanggah dengan kicauan Ketua AMK, Nik Nazmi  di twiter beliau sebelum ini yang menafikan peraturan tersebut sudah dimuktamadkan, sebaliknya Nik Nazmi berkata ia cuma di peringkat cadangan.

“Itu cadangan semalam untuk menampung kos pemilihan. Masih belum dimuktamadkan. Memang dari dulu ada yuran pertandingan kerana pemilihan KEADILAN dah dua kali sistem satu anggota satu undi – satu-satunya parti massa di Malaysia yang menggunakan kaedah itu.” – Nik Nazmi

nik

Pada pemilihan PKR yang lepas, berlaku banyak kes kerusi terbang akibat ahli yang tidak puas hati dengan perjalanan pemilihan dan penipuan. Oleh sebab itu, PKR pada ketika itu menjadi bahan jenaka di media sosial dengan jolokan Parti Kerusi Rosak.

Berlainan pula sekarang oleh kerana  yuran cekik darah ini, PKR  ditroll pula  sebagai Parti Kumpul Ringgit – TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.