Surat Pembaca : Kesimpulan debat presiden UMNO

Oleh : Mohamad Nazri Abdul Kadir

KESIMPULAN YANG SAYA DAPAT LIHAT DALAM DEBAT PRESIDEN

👉 Khairy Jamaluddin menyalahkan #1MDB dan menyalahkan pemimpin lama walau pun dalam isu yang sudah dipersetujui bersama. Bagaimana pula dengan kegagalan menarik sokongan anak muda? Juga menghairankan bagaimanakah KJ mahu memimpin jutaan ahli UMNO andai emosi jelas terpancar dalam kata-katanya?

👉 Ahmad Zahid Bin Hamidi tidak bangkitkan soal kepimpinan lama. Hanya mahu memperbaiki kelemahan UMNO dan mengorak langkah ke era baru (aka: Move On). Memahami apa yang mahu dilaksanakan.

👉 Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) kelihatan seperti berfikiran cara lama dan seperti kurang idea yang bernas/baru (saya rasa, saya cuba). Namun diakui pengalamannya sekian lama dalam politik diperlukan UMNO.
Saya yakin semua pengundi sudah boleh membuat keputusan matang & waras untuk memilih Presiden Parti. Selepas selesai pemilihan nanti semoga kesemuanya kembali ke satu bumbung dan bergerak dalam saf untuk terus berjuang memartabatkan Agama, Bangsa & Tanah Air (#ABATA).

Selamat mengundi untuk #PemilihanUMNO2018. 😊

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.