Surat Pembaca: Khairy sebagai presiden UMNO?

Oleh : Team OA

Pembangkang yang Progressif sebagai check and balance kepada kerajaan Pakatan Harapan yang ketandusan idea sekarang mungkin dapat dicapai dengan Khairi Jamaluddin menjadi Presiden UMNO.

calon-presiden-umno-debat.jpg
Gambar dari Malaysia Dateline

Di antara ke tiga tiga calon presiden UMNO yang betanding dalam pemilihan UMNO kali ini, Team OA berpendapat bahawa Khairi Jamaluddin adalah calon Presiden UMNO yang mampu untuk membawa UMNO menjadi pembangkang yang kuat dan progressif sekiranya beliau terpilih menjadi Presiden.

1) Jika dibandingkan ketiga-tiga calon presiden yang ada (Ku Li, Zahid dan KJ) , hanya KJ yang pernah membentangkan polisi ekonomi yang beliau mahu laksanakan di Malaysia ini di dalam manifesto Pemuda UMNO pada PRU 14 dulu. Jadi kita sebagai pemerhati dari luar UMNO dapat membuat penilaian yang bersifat objektif berkenaan polisi dan idea KJ. Polisi KJ dalam manifesto Pemuda UMNO dapat di baca di link ini https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/04/410490/pemuda-bn-tekad-laksana-8-jaminan-manifesto
2) Kita harus akui bahawa kejatuhan BN dan kemenangan Pakatan Harapan bukanlah kerana Pakatan Harapan dapat menarik pengundi dengan mereka menawarkan polisi yang lebih baik dari polisi Kerajaan BN yang sedia ada waktu itu. Sebaliknya adalah kerana Pakatan memanipulasikan permasalahan ekonomi yang dihadapi oleh ramai rakyat Malaysia terutamanya orang muda dan golongan B40 dengan dipersalahkan kepada batang tubuh Najib. Sebenarnya anak muda seluruh dunia menghadapi permasalahan ekonomi yang hampir serupa; iaitu ramai terpaksa menjadi pekerja berstatus kontrak, kesukaran mendapatkan peluang pekerjaan, dibebani beban hutang akibat gaji yang cukup cukup makan sahaja, harga rumah yang mahal akibat spekulasi hartanah. Permasalahan ini bukanlah unik kepada orang muda Malaysia sahaja, anak-anak muda di seluruh dunia juga menghadapi masalah yang hampir serupa berpunda daripada dinamika struktur ekonomi pasaran bebas dan kapitalisme.

3) Namun Pakatan menyebarkan propaganda seolah olah menggambarkan bahawa permasalahan ekonomi di atas adalah unik kepada Malaysia dan berpunca dari pemerintahan Najib dan 1MDB. Ironinya Najib telah memperkenalkan banyak polisi-polisi ekonomi progressive yang cuba mengurangkan permasalahan ekonomi yang dihadapi rakyat tersebut. Pendek kata, polisi yang diperkenalkan kerajaan BN sebelum ini adalah jauh lebih progressive, terutama berkenaan mahu mengangkat perekonomian golongan B40.

4) Setakat ini, satu-satunya calon Presiden UMNO yang pernah membentangkan polisi ekonomi yang dapat menambahbaikkan kehidupan rakyat terutama golongan muda adalah KJ, dan kami di Team OA berpendapat polisi yang terkandung dalam Manifesto Pemuda BN pada PRU ke 14 yang lepas adalah polisi yang progressive, rasional dan mampu dilaksanakan. Manifesto Pemudan BN yang
dibentangkan KJ menjadi bukti bahawa KJ mampu membawa idea baru yang sekiranya dilaksanakan akan memberikan impak ekonomi yang baik pada ramai anak muda.

5) Ini bertentangan dengan janji janji manis yang terkandung dalam Manifesto Pakatan Harapan. Sebelum kemenangan Pakatan Harapan sebagai kerajaan lagi, Team OA sudah berpendapat bahawa Pakatan Harapan tidak akan dapat melaksanakan manifesto yang mereka janjikan kerana mereka percaya bahawa negara Malaysia sudah hampir muflis kononya. Mana-mana kerajaan yang percaya negara yang ditedbir mereka hampir muflis dan percaya kewangan negara tenat pasti tidak akan dapat melaksanakan apa-apa polisi ekonomi yang baik untuk rakyat (walau realitinya kewangan negara Malaysia sebenarnya beradaa dalam keadaan yang baik semasa era kerajaan BN dahulu).

6) Oleh kerana Kerajaan Pakatan wajiblah tidak akan dapat melaksanakan polisi yang mereka janjikan di dalam manifesto mereka, dan oleh kerana Kerajaan Pakatan juga sebenarnya tidak memahami punca kepada permasalahan ekonomi yang dihadapi oleh anak muda, di mana Pakatan hanya menyalahkan batang tubuh Najib dan 1MDB. Maka sudah pasti Kerajaan Pakatasan akan jadi seperti tikus membaiki labu dan masalah ekonomi negara akan menjadi semakin buruk.

7) Dalam keadaan ini di mana Kerajaan Pakatan tidak dapat menyelesaikan masalah ekonomi, sudah pasti ramai rakyat terutama orang muda dan golongan B40 akan meresa ditipu dan kecewa serta mereka akan cuba mencari jawapan kepada permasalahan ekonomi yang dihadapi mereka. Kami di Team OA berpendapat bahawa KJ, bedasarkan polisi yang beliau pernah gariskan dalam manifesto Pemuda BN sebelum ini, beliau akan dapat menyediakan idea dan polisi alternative yang progresif kepada rakyat.

8) Demokrasi yang sihat memerlukan Pembangkang yang kuat dan progressif bukan sahaja di dalam parlimen, malah di kalangan rakyat juga. Dengan itu diharapkan Khairy dapat menerajui UMNO, dengan idea-idea baru dan progressif yang akan dibawanya nanti, kemi berharap sedikit sebanyak akan dapat menghalang Kerajaan Pakatan Harapan yang ada sekarang daripada terus melaksanakan polisi-polisi ekonomi yang merosakkan semata-mata kerana percaya bahawa kewangan negara sudah nazak kononnya.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.