
Jakarta: Tindakan tidak boleh diambil terhadap Gabenor Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud diatas dakwaan salah laku korupsi kerana tiada aduan rasmi dilakukan, kata perdana menteri baru yang lama, Tun Dr Mahathir atau lebih dikenali sebagai Tun Det seperti dilaporkan oleh akhbar The Star.

“Bagi kami untuk mengambil tindakan mesti ada laporan daripada seseorang, sehingga saat ini terdapat banyak yang diperkatakan, tetapi tidak ada sebarang laporan yang diterima. Jadi, kami belum mengambil sebarang tindakan, tetapi jika rakyat Sarawak mahu kami mengambil tindakan, mereka boleh membuat pertuduhan atau aduan dan kami akan meneliti laporan mereka,”– Tun Dr Mahathir.
Tun Det berkata demikian dalam sesi soal jawab bersama 300 rakyat Malaysia yang menetap di Jakarta di Kedutaan Besar Malaysia di sini dalam Sesi Khas Bersama Perdana Menteri.
Kenyataan Tun Det ini bercanggah dengan satu kenyataan yang dikeluarkan oleh ketua PKR Sarawak, Baru Bian pada 19 Mei lepas di facebook beliau.
“Telah didedahkan beberapa tahun lepas, bahawa SPRM telah memeriksa 500 fail dan membuka sekurang-kurangnya 10 kertas siasatan yang dikaitkan kepada Taib Mahmud, tetapi tiada keputusan apapun keluar.” – Baru Bian.
Untuk rekod, Abdul Taib yang juga bekas Ketua Menteri Sarawak telah dikaitkan dengan pelbagai dakwaan rasuah semasa beliau menjawat jawatan berkenaan dari 1981 hingga 2014. Antara tuduhan yang dikaitkan termasuk salah guna kuasa, rampasan tanah dan menerima sogokan. Pada Februari, Abdul Taib menerima suratcara pelantikan bagi menyambung khidmatnya selama empat tahun daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Istana Negara, Pada 1 Mac 2014, Abdul Taib mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak ketujuh setelah meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak pada 28 Februari 2014.

Ketika Tun Det menjadi PM ke 4 dulu, beliau mempunyai hubungan yang baik dengan Taib Mahmud. – TTKM –
Leave a Reply