

Bangkok : Wartawan TTKM turun ke Thailand baru-baru ini gara-gara hendak mencari macai Pakatan Harapan yang semenjak akhir-akhir ini sudah berkurangan di media sosial. Ini adalah disebabkan mereka tidak dapat menanggung malu kerana kerajaan Pakatan Harapan telah gagal melaksanakan janji manifesto mereka dan melakukan beberapa U-turn.
Antara penyebab utama mereka menghilangkan diri adalah kerana mereka sangat mengharapkan minyak turun harga, sebaliknya harga tomato yang berkurangan.
Malah baru-baru ini, perdana menteri baru yang lama, Tun Dr Mahathir mengakui tidak dapat menunaikan janji 100 hari Pakatan Harapan dan minta jangkamasa itu dipanjangkan, tetapi tidak pula dinyatakan sampai berapa lama.
Kami mendapati ramai macai-macai telah ditempatkan di satu hospital bernama Hospital Mahachai.

Hasil pemerhatian kami di dalam wad-wad tersebut mendapati ramai di antara mereka terbaring sahaja di atas katil, keras kejung dengan mata terbeliak sambil mulut terkebil-kebil.
John, (bukan nama sebenar) wartawan kami di Thailand memberitahu:
“Muka mereka ini pucat seperti zombie dalam filem Train To Busan, kepala mereka basah, berbau hancing seperti air kencing, manakala mereka mengulang-ulang ayat “Rindu Zaman Tun”. – John.
TTKM cuba merakamkan video aksi tersebut tetapi hospital tersebut tidak membenarkan sebarang rakaman diadakan. -TTKM-
*Ini adalah berita troll, satira rekaan semata-mata.
Leave a Reply