Lagi U-turn: PLKN akan dikaji, bukan dimansuhkan – Mat Sabu

KUALA LUMPUR: Lagi U-turn oleh kerajaan Pakatan Harapan. Kali ini mengenai Program Latihan Khidmat Negara, PLKN yang akan dikaji semula, bukan dimansuhkan.

Menurut wawancara yang diadakan oleh Channel NewsAsia bersama menteri pertahanan, Mat Sabu, yang juga presiden Amanah, beliau dilaporkan berkata akan mengadakan mesyuarat mengenai perkara tersebut dan kajian keseluruhan program latihan PLKN akan dibangkitkan di kabinet.

mat-sabu-cna.jpg
Gambar dari MediaCorp

“Mungkin kami akan mengubah kurikulum … kami mahu anak muda menyertainya, kami mahu penyertaan semua kaum. Ini sangat penting kerana kami mahukan generasi muda terlibat secara nasional, (supaya) mereka sayang negara ini, mereka perlu mempunyai tingkah laku sivik yang sangat tinggi, jadi mungkin kami boleh memperkenalkannya melalui program khidmat,” – Mat Sabu.

Kenyataan Mat Sabu ini adalah bercanggah dengan janji nombor 28 manifesto Pakatan Harapan yang dengan jelas akan membatalkan program PLKN.

28
Manifesto Pakatan Harapan Janji no 28

“Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) akan dibatalkan kerana ia tidak berjaya mencapai objektif yang digariskan dan penuh dengan pembaziran” – Janji no 28, Buku Pakatan Harapan.

Untuk rekod, pada 2016, EXCO pemuda Amanah, Ahmad Fadli Umar dilaporkan mendesak supaya PLKN dihentikan kerana dikatakan program tersebut membazirkan wang negara. Tambah beliau,  dana yang diperuntukan untuk PLKN boleh disalurkan untuk menaja pelajar melanjutkan pelajaran di luar negara.

“PLKN telah memakan belanja tahunan tidak kurang RM600 juta setahun. Nah, apa maknanya program yang dilihat gagal dan jelas membazir selain dipenuhi kontroversi-kontroversi memualkan seperti anak luar nikah, rogol dan kes bunuh akibat buli yang dianggarkan lebih dari 10 kes boleh dikekalkan peruntukan sedemikian banyak?Kami mendesak supaya kerajaan menghentikan terus PLKN dan mengembalikan semula hak biasiswa ke luar negara kepada para pelajar khususnya kepada 744 penerima ‘bursary’ dan lepasan SPM 2015,” – Ahmad Fadli Umar

Semenjak membentuk kerajaan pada 9 Mei lalu, kerajaan Pakatan Harapan telah melakukan beberapa U-turn sehingga menjadi bahan jenaka di media sosial dengan jolokan Pakat-U-Turn Harapan. 

Sementara itu, penyokong kerajaan masih lagi berpegang dengan pendirian mereka mempertahankan kerajaan baru ini dengan tagline “takkan hari ini kahwin, esok sudah beranak?” -TTKM-

 

 

1 Trackback / Pingback

  1. Putrajaya U-Turn lagi: "Manifesto bukan kitab suci!" – PM | TENTERA TROLL KEBANGSAAN MALAYSIA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.