Pemilihan UMNO, keputusan Rasmi : Zahid menang presiden , Tok Mat timbalan presiden

Kuala Lumpur : Dalam satu pemilihan UMNO paling sengit sejak  1987 (pertembungan Ku Li vs Mahathir), Dato Zahid Hamidi telah memenangi jawatan presiden UMNO untuk sesi 2018-2021.

Setakat jam 9.40pm Zahid menurut kicauan di akaun twitter Pemilihan Umno, Zahid mendapat 93 undi, manakala Khairy Jamaluddin mendapat 51 undi, dan tempat tercorot dengan 23 undi diperoleh Tengku Razaleigh Hamzah.

Manakala untuk jawatan timbalan presiden, ia dimenangi oleh Dato’ Seri Utama Mohamad Hasan (Tok Mat)  yang mendapat  75 undi berbanding Annuar Haji Musa dengan 55 undi.

Pada jam 9:50pm, akaun twitter tersebut telah secara rasmi mengumumkan kemenangan Zahid dan Tok Mat.

This slideshow requires JavaScript.

Pemilihan kali ini pertama kali diadakan dalam kedudukan UMNO sebagai parti pembangkang semenjak kemerdekaan 61 tahun dulu serta akaunnya yang dibekukan.

Semalam, ketua Pemuda Umno yang baharu, Asyraf Wajdi mencadangkan supaya UMNO melancarkan tabung khas mengutip derma bagi membiayai program parti itu jika akaunnya terus dibekukan Pasukan Petugas Khas 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Kita tidak tahu sampai bila akaun akan dibekukan. Sekiranya perlu, kita akan mengisytiharkan tabung mengutip derma bagi membiayai program dijalankan.Mereka mahu lakukan apa sahaja terhadap UMNO, kita tidak kisah kerana saya melihat semangat ahli, khususnya Pemuda tidak akan mengalah sebab duit bukan segala-galanya.Selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU) dan pemilihan minggu lalu, Pemuda sudah memberi isyarat bahawa yang kita pentingkan ialah perjuangan dan bukannya wang.Semakin ditekan, semakin kita bangkit. Semangat kita tidak akan terjejas hanya kerana akaun parti dibekukan. Mereka tidak boleh menutup semangat perjuangan kita,” – Asyraf Wajdi

Cadangan Asyraf Wajdi ini menjadi bahan jenaka di media sosial dan ada yang mencadangkan supaya mereka meminjam tin milo derma yang selalu digunakan PAS sebelum ini. -TTKM –

 

 

 

 

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.