Tarif Elektrik Naik, + surcaj, kerajaan beri lampu hijau, alasan kos jana elektrik meningkat.

KUALA LUMPUR, 30 JUN : Kosmo melaporkan tarif elek­trik pengguna komersial termasuk pengguna domestik yang menggunakan elek­trik melebihi 300kWj sebulan di Semenanjung Malaysia akan terkesan ekoran keputusan Suru­hanjaya Tenaga mengenakan surcaj tambahan sebanyak 1.35 sen/kWj bermula esok 1 Julai sehingga 31 Disember ini.

2.jpg
Sisipan dari akhbar Kosmo

Suruhanjaya Tenaga dalam satu kenyataan memberitahu, keputusan itu dibuat berikutan peningkatan kos bahan api dan penjanaan elektrik yang tinggi.

3.jpg
Grafik dari Kosmo!

Suruhanjaya Tenaga (ST) dalam kenyataannya hari ini berkata, kerajaan turut menetapkan surcaj ICPT tersebut dikecualikan kepada semua pengguna domestik bagi tempoh sama.

“Pelarasan ICPT ini tidak melibatkan pengguna domestik dengan penggunaan elektrik tidak melebihi 300 kWj.Bagi pengguna domestik dengan penggunaan elektrik melebihi 300 kWj, mereka akan mengalami penurunan atau kenaikan yang minimum dalam bil elektrik, iaitu dianggarkan antara RM0.09 dan RM4.89 sebulan, dengan mengambil kira pelaksanaan kadar 0% cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang bermula 1 Jun 2018,” – Suruhanjaya Tenaga

Alasan kenaikan

Dude-seriously-381.png
Gambar dari MemeBucket

 

Bagi Januari hingga Jun 2018, suruhanjaya itu berkata, harga arang batu meningkat kepada AS$91.66/setan metrik berbanding harga diunjurkan dalam tarif asas, iaitu AS$75/setan metrik.

Kenaikan bagi tempoh 6 bulan pertama 2018 ini merupakan faktor utama menyebabkan kos penjanaan sebenar meningkat sebanyak RM698.19 juta bersamaan 1.35 sen/kWj.

Rebat di seluruh negara ditamatkan.

2cbtkg.jpg
Gambar dari Meme Template

Dalam pada itu, katanya rebat tarif elektrik sebanyak 1.52 sen/kWj yang diberikan kepada semua pengguna di Semenanjung Malaysia dalam tempoh 6 bulan terdahulu akan ditamatkan mulai 1 Julai ini.

Selaras dengan itu, rebat tarif elektrik sebanyak 1.20 sen/kWj yang diberikan dalam tempoh terdahulu bagi pengguna elektrik di Sabah dan Labuan turut ditamatkan mulai 1 Julai 2018, kata ST.

Kesan kepada rakyat-Harga barang dijangka naik?

Sementara itu,  Harian Metro melaporkan Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, walaupun peningkatan tarif elektrik berkenaan hanya membabitkan sektor komersial timbul kebimbangan pengilang dan peniaga meletakkan kos berkenaan kepada pengguna.

30hm425_1530307796.jpg
Mohd Yusof, gambar dari Harian Metro
Beliau berkata, ada segelintir pihak yang sentiasa mengambil peluang dengan menaikkan harga barangan jualan masing-masing apabila berlakunya peningkatan kadar caj bahan api, elektrik dan air.

“Kita kena lihat perkara ini secara meluas iaitu berbincang dengan pihak berkepentingan supaya pengguna tidak terbeban berikutan peningkatan harga barangan. Melihat kepada keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu, adalah lebih baik perkara ini dielakkan kerana kos sara hidup pasti meningkat,” – Mohd Yusof.

Setiausaha Usahawan Digital Selangor, Mohd Adzim Rahman pula berkata, peniaga yang bergantung kepada elektrik untuk menjana pendapatan kemungkinan besar akan terkesan dengan kenaikan tarif elektrik berkenaan.

“Industri elektronik atau yang membabitkan penggunaan jentera dan mesin pasti terkesan dengan peningkatan tarif itu , sekali gus meningkatan kos operasi mereka dan akhirnya harga barang naik,” – Mohd Adzim

Bagaimana media cover kerajaaan melaporkan kenaikan ini?

TTKM mendapati beberapa media tidak menggunakan istilah ‘kenaikan’ untuk mencover tindakan  kerajaan memberi kelulusan diatas kenaikan  ini.

Media Astro Awani, yang dikenali sebagai media no 1 menjadi penjilat kerajaan melaporkan kenaikan ini sebagai “selaras tarif elektrik”

11.jpg
Gambar dari Timescome

Berikut merupakan tangkap layar dari laman web Astro Awani:

1.PNG

Begitu juga dengan Sinar Harian.

2.PNG

Bercanggah dengan manifesto Pakatan Harapan.

TTKM mendapati kenaikan ini  ternyata bercanggah dengan Janji 2 dalam Manifesto Pakatan Harapan yang berjanji akan  “Menurunkan tekanan kenaikan harga yang membebani rakyat”. Kenaikan kos elektrik pada sektor komersil ini, sudah tentu akan dipindahkan kosnya kepada pengguna, iaitu kepada rakyat bawahan, di mana akhirnya akan berlaku kenaikan harga barang atau makanan.

 

Walaubagaimanapun, penyokong kerajaan yang terkenal dengan tagline mereka “takkan hari ini kahwin, esok dah beranak” bangkit bangun mempertahankan kenaikan ini.

Kata mereka kepada pengkritik :

“Kau bukan ada kedai pun, tak terkesan kat bil kau sangat, so janganlah banyak bunyi!” – Penyokong kerajaan.

Tambah penyokong kerajaan itu, beliau setakat ini berpuas hati dengan pengurangan harga tomato di pasaran.

Sementara itu, golongan anti kerajaan yang ditemui berkata:

“Aku nak kenaikan gaji, bukan nak kenaikan tarif elektrik! Bahalol!” – Anti Kerajaan

-TTKM-

1 Trackback / Pingback

  1. "Tidak bersuara isu tarif elektrik sebab cybertrooper PH nanti tuduh saya mahu guling kerajaan, pergilah cari wakil rakyat, kenapa cari saya!" – Rafizi Ramli | TTKM

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: