Kerana pertahankan penduduk PPR yg diusir, 2 aktivis PSM akan didakwa

Pulau Pinang: Malaysia baru, tetapi budaya intimidasi kerajaan lama masih sama. Kerana mempertahankan penduduk PPR yang diusir di Padang Tembak Pulau Pinang,  dua orang aktivis, seorang ahli PSM, Karthiges Rajamanickam dan Nathan Munusamy yang merupakan saudara kepada salah seorang penduduk PPR berkenaan, akan didakwa di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan atas tuduhan “menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas”.

0db588ee2caba654aa62b7561a9afdc5

Melalui kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Anggota Jawatankuasa Pusat PSM Choo Chon Kai berkata peguam yang mewakili Karthiges, Arafas Abdul Razak menerima panggilan telefon Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, Pulau Pinang pada hari ini memaklumkan perkara tersebut.

Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengecam tindakan mendakwa Karthiges dan Nathan di mahkamah hanya kerana tindakan mereka yang ingin mempertahankan penduduk miskin di rumah PPR daripada diusir secara paksa. Tindakan sebegini sebenarnya akan membazirkan sumber kehakiman negara kita dalam pendakwaan yang tidak mempunyai alasan yang kukuh. PSM menyeru supaya dakwaan terhadap Karthiges dan Nathan digugurkan segera. – Choo Chon Kai

Arul, Ahli Jawatankuasa Pusat PSM turut mengkritik perkata ini dengan mengatakan tindakan terebut adalah zalim, membuang duit rakyat dan satu pencabulan hak asasi manusia”

arul

Sekarang Polis nak dakwa Aktivis PSM Karthiges Pena Merah Lenin dan Nathan pulakdibawah Seksyen 186. Pada 5hb. Jun 2018, mereka berdua telah membela nasib Miskin Kota Pulau Pinang yang diusir secara palsa dari PPR Padang tembak. Mereka telah ditahan dan dibebaskan. Kemudian para mereka diusir telah berkampung beberapa hari di Komtar dan akhirnya satu perbincangan antara pihak NGO dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang Berjaya menyelesaikan masalah perumahan mereka apabila ditawarkan rumah alternatif.

“Saya tahu Menteri Dalam negeri sibuk hadiri pelbagai jamuan hari raya tetapi saya berharap tindakan PDRM hendak mendakwa dua orang aktivis ini adalah zalim, membuang duit rakyat dan satu pencabulan hak asasi manusia.” -Arul

Berikut merupakan kenyataan akhbar  penuh :

Aktivis PSM akan didakwa di Mahkamah kerana pertahankan penduduk PPR yang diusir

1 Julai 2018

Aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM), Karthiges Rajamanickam, akan didakwa di Mahkamah kerana mempertahankan penduduk rumah PPR Padang Tembak Pulau Pinang daripada diusir secara paksa pada 5 Jun lalu.

Peguam Arafas Abdul Razak yang mewakili Karthiges semasa beliau ditahan pada 5 Jun lalu, telah menerima panggilan daripada Inspektor Fikri dari Ibupejabat Polis Daerah Timur Laut, Pulau Pinang, pada hari ini, mengatakan bahawa Karthiges bersama seorang lagi, Nathan Munusamy, saudara kepada salah seorang penduduk PPR Padang Tembak, akan didakwa di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan, iaitu tuduhan “menghalang penjawat awam daripada menjalankan kerja-kerja jawatannya”.

Karthiges dan Nathan ditangkap polis pada 5 Jun lalu, di rumah kediaman Mahathir bin Hajah Mydeen, salah seorang penduduk unit PPR yang diarahkan untuk mengosongkan rumah oleh Bahagian Perumahan Negeri Pulau Pinang pada masa itu. Mereka berada di situ hanya untuk bersolidariti dengan penduduk rumah PPR yang diusir secara paksa. Mereka berdua dibebaskan pada hari yang sama dengan jamin polis.

Penduduk di 4 unit PPR yang diusir kemudiannya telah ditawarkan perumahan alternatif di Seberang Perai Selatan selepas satu pertemuan dengan pihak kerajaan negeri. Namun, dua orang yang ditahan polis semasa pengusiran masih akan dihadap ke mahkamah atas pertuduhan yang tidak munasabah.

Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengecam tindakan mendakwa Karthiges dan Nathan di mahkamah hanya kerana tindakan mereka yang ingin mempertahankan penduduk miskin di rumah PPR daripada diusir secara paksa. Tindakan sebegini sebenarnya akan membazirkan sumber kehakiman negara kita dalam pendakwaan yang tidak mempunyai alasan yang kukuh. PSM menyeru supaya dakwaan terhadap Karthiges dan Nathan digugurkan segera.

Anggota Jawatankuasa Pusat PSM Choo Chon Kai

 

 -TTKM-

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.