Orang muda patut lupakan perkauman, fikir diri mereka sebagai ‘malaysian’ tulen – Tun

PUTRAJAYA: Dalam satu wawancara di antara perdana menteri, Tun Dr Mahathir atau lebih dikenali sebagai Tun Det dengan agensi berita Singapura, Channel News Asia, beliau mengajak orang muda di Malaysia supaya melupakan mengenai asal usul kaum mereka, sebaliknya memikirkan mereka adalah rakyat  Malaysia tulen.

“Mereka perlu belajar memahami di antara satu sama lain, dan melupakan, perlahan-lahan melupakan asal usul kaum mereka, dan memikirkan dirinya sebagai rakyat Malaysia yang tulen” –Tun Det.

tun.PNG
Tangkap layar dari laman web ChannelNewsAsia

TTKM mendapati kenyataan Tun Det adalah bercanggah dengan perlembagaan parti yang diketuai beliau sendiri iaitu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Menurut perlembagaan parti PPBM, keahlian parti tidak memandang ahlinya sebagai rakyat malaysia, sebaliknya mereka diasingkan mengikut kaum.

Menurut Fasal 7, Hanya bumiputera (pribumi) sahaja dibenarkan menjadi ahli biasa manakala bukan bumiputera cuma boleh menjadi ahli bersekutu.

Paling melucukan, ahli bersekutu (bukan bumiputera) tidak boleh bertanding dalam pemilihan parti, sebaliknya hanya boleh dilantik.

Sebelum menyertai koalisi Pakatan Harapan, Tun Det ketika di dalam UMNO merupakan sosok yang kerap menggunakan isu perkauman di dalam kempen beliau.

Video berikut menunjukkan ucapan Tun Det yang memainkan isu perkauman ketika beliau dalam UMNO. -TTKM-

 

-TTKM-

 

perlembagaan.PNG
Perlembagaan PPBM Fasal 7

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.