Propaganda dakwa kenaikan tarif elektrik disebabkan olh 1MDB & Edra, terkantoi!

Oleh: Sayuti Azmi

Ada artikel panjang ( TTKM mendapati artikel itu ditulis oleh Gino Marvela, boleh baca di sini )  untuk justify kaitan 1MDB dengan kenaikan tarif elektrik hari ni.

Walaupun aku dah pernah tulis tolong jangan copy paste artikel orang lain sebagai komen, ada gak yang ketegaq.

Takpa lah, aku ni tinggi jugak toleransi terhadap bs, sebab boleh buat baja.

Dalam artikel tu kononnya Rafizi dah agak perkara ni dan warning, kemudian artikel tu ulang lagi propaganda hutang negara sikit, lepas tu kata kerajaan PH tengah buat terbaik untuk manage kewangan yada yada.

Ini komen aku:

1. Yang wujudkan IPP awal-awal dulu siapa?

2. 1MDB terpaksa jual Edra Energy dulu selepas gagal IPO untuk memulihkan cashflow antara lain sebab serangan politik dari siapa?

3. Mula-mula kata 1MDB beli besi buruk, bila dia nak jual kepada pembida tertinggi, CGN, Rafizi bising. Bila Edra nak buat IPO sekali lagi tahun lepas, Rafizi suruh boikot pulak. Pening.

4. “Jika mereka menang, mereka sentiasa boleh berunding tentang tarif tanpa kita tahu kerana rundingan PPA adalah rahsia dan tak pernah didedahkan kepada rakyat” – Rafizi sendiri yang cakap ni sebelum penjualan Edra kepada CGN dulu. Sekarang yang menang PRU sapa? Siapa yang boleh runding tarif? Apa kandungan rundingan PPA tu? Dedahkanlah.

5. Edra sign PPA dengan TNB tahun lepas, start tahun 2021. Ada kaitan ke dengan tarif yang naik hari ni walhal plant baru tak start supply power lagi pun?

6. Akhir sekali, soalan simple: yang menentukan tarif elektrik dan subsidi bahan api ni kerajaan ke 1MDB?

Aiyo. Own up lah. Udah le tu nak spin politik jadi hero. Dah menang dah PRU.

Govern bebetul lah sebab time jadi pembangkang cakap cam hebat je kan? -TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.