KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri mengesahkan Jamal Md Yunos atau lebih dikenali sebagai Jamal Pak Tongkol telah berjaya ditahan oleh Polis Republik Indonesia (POLRI) petang tadi. demikian dilaporkan oleh Berita Harian.

“Saya diberitahu pada jam 6.15pm (waktu Malaysia) Polis Indonesia berjaya menahan Jamal.Ā Polis di Raja Malaysia sudah dihubungi (oleh Polri) untuk menyelaras ekstradisi beliau balik ke Malaysia” – Muhyidin Yassin
Berikut merupakan kenyataan penuh Muhyidin Yassin seperti yang dinaikkan di laman facebook beliau:

Jamal Pak Tongkol sebelum ini pada 25 Mei ditahan oleh polis sewaktu beliauĀ mendapatkan rawatan di Hospital Pakar Ampang Puteri. Tidak lama selepas itu, ketika didakwa di bawah seksyen 290 Kanun Keseksaan, beliau meloloskan diri sewaktu proses mendapatkan jaminan.

JamalĀ berulang kali mendakwa akan menyerahkan diri tetapi akhirnya menyelinap ke Indonesia.
Pada 30 Mei, Jamal muncul dalam satu video di ladang kelapa sawit yang tidak diketahui di mana lokasinya mempertahankan dirinya.
Walaupun berada dalam buruan, Jamal Pak Tongkol telah dipilih semula sebagai Ketua Umno Sungai Besar dalam pemilihan UMNO minggu lepas. -TTKM-