Kenaikan tarif elektrik disebabkan oleh 1MDB dan Edra? Mengarut! – Laporan Eksklusif TTKM

KUALA LUMPUR : Ketika rakyat berang kerana kerajaan membenarkan tarif elektrik dinaikkan pada sektor komersil yang akan menyebabkan kenaikan pada harga barang dan makanan, blame game sudah mula dimainkan oleh propagandist penyokong penjilat kerajaan (jikera).

bdoh
Jikera melakukan propaganda

Kambing hitamnya? 1MDB! Propaganda kini disebarkan oleh jikera bahawa kenaikan tarif elektrik ini adalah disebabkan 1MDB telah menjual stesen janakuasa elektrik kepada China melalui Edra Power Holdings Sdn Bhd. Edra pula kemudian menaikkan harga elektrik yang dijana yang kemudiannya terpaksa dibeli oleh TNB yang kemudian memindahkan kos tersebut kepada pengguna komersil. Benarkah?

Propaganda terkantoi.

Sudah jadi kerajaan, masih mahu main propaganda? Adakah semua tenaga elektrik ini dijana oleh Edra sahaja?

Menurut laporan The Star , tenaga elektrik yang dijana di semenanjung Malaysia keseluruhannya adalah 22,220MW.

11,818MW dijana oleh stesen janakuasa milik TNB, manakala bakinya dijana oleh IPP termasuk Edra.

“The current totalled installed capacity in Peninsular Malaysia stood at 22,220MW, out of which 11,818MW is TNB’s own capacity while the balance is the total installed capacity of the independent power producers” – The Star

Jadi kapasiti tenaga yang dijana oleh IPP adalah :

22 220MW – 11818MW= 10382MW

Berapa pula dari 10382MW ini yang dijana oleh Edra? 

Menurut laman web Edra, mereka memiliki 5 janakuasa elektrik, keseluruhan kapasitinya adalah cuma 3,046 MW. 

edra1
Tangkap layar Laman Web Edra Holding Bhd.

We own five power plants in Malaysia, with a total effective capacity of 3,046 MW, making us the second largest independent power producer in the country.We have three CCGT power plants (one with co-generation facilities), one OCGT peaking power plant and one sub-critical coal-fired thermal power plant.  – Laman Web Edra Holding Bhd.

Maka, dari keseluruhan tenaga elektrik yang dijana di Semenanjung yang berjumlah 22,220MW, Edra cuma menyumbang sebanyak 3046 MW atau bersamaan dengan 13.7%!

Kenaikan tarif disebabkan oleh harga arang batu meningkat – Suruhanjaya Tenaga

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga, kenaikan tarif adalah disebabkan kos menjana elektrik meningkat sejajar dengan kenaikan harga arang batu.

Arang batu merupakan bahan api yang digunakan oleh beberapa stesen janakuasa termasuk milik TNB.

Bagi tempoh Januari hingga Jun tahun 2018, didapati bahawa harga bahan api arang batu telah meningkat kepada USD91.66/se tan metrik berbanding harga yang diunjurkan dalam tarif asas, iaitu USD75/se tan metrik. Kenaikan bagi tempoh enam bulan pertama 2018 ini merupakan faktor utama yang menyebabkan kos penjanaan sebenar meningkat sebanyak RM698.19 juta bersamaan 1.35 sen/kWj. – Suruhanjaya Tenaga

Tambah kenyataan itu lagi, kenaikan tersebut telah diputuskan oleh kerajaan dan bukannya Edra, dan ia dipindahkan dalam bentuk surcaj kepada semua pengguna bukan domestik (komersil)

Sehubungan itu, Kerajaan telah memutuskan supaya peningkatan kos sebanyak 1.35 sen/kWj tersebut dilepaskan dalam bentuk surcaj ICPT kepada semua pengguna bukan domestik di Semenanjung Malaysia bagi tempoh 1 Julai 2018 hingga 31 Disember 2018. – Suruhanjaya Tenaga.

Dari lima stesen janakuasa elektrik milik Edra, berapa banyak pula yang menggunakan arang batu sebagai bahan api?

TTKM mendapati hanya satu janakuasa Edra menggunakan arang batu iaitu stesen janakuasa Jimah di Port Dickson yang berkapasiti 1,400 MW. 

Stesen ini juga bukan 100% milik Edra, sebaliknya ia memegang kepentingan sebanyak 75% melalui Jimah Energy Ventures Holdings Sdn Bhd, manakala TNB memiliki 20% dan Menteri Besar Negeri Sembilan Incorporated 5%.

jimah.PNG
Tangkap layar laman web Edra Holding.

Maka, jika difokuskan nilai kapasiti stesen janakuasa Edra yang terkesan dengan kenaikan arang batu ini berbanding keseluruhan tenaga elektrik seluruh semenanjung cumalah  1400MW/22220 MW x 100 % = 6.3%.

Adakah dengan 6.3% ini, Edra menyebabkan harga elektrik seluruh negara naik secara serentak? Mahu salahkan China lagi?

Kerajaan mungkir janji

Isu sebenar kenaikan tarif elektrik adalah kerajaan Pakatan Harapan dengan jelas telah mungkir janji yang mereka taburkan dalam pilihanraya lepas. Mereka tidak mahu menanggung kenaikan kos penjanaan elektrik, dan melepaskannya kepada pengguna.

Janji 2 dalam Manifesto Pakatan Harapan    dengan jelas akan “Menurunkan tekanan kenaikan harga yang membebani rakyat”. Kenaikan kos elektrik pada sektor komersil ini, sudah tentu akan dipindahkan kosnya kepada pengguna, iaitu kepada rakyat bawahan, di mana akhirnya akan berlaku kenaikan harga barang atau makanan.

Kerajaan Pakatan Harapan 2 x 5 dengan Barisan Nasional 

piji
Tangkap layar status Rafizi Ramli

Pada 2016 dulu, Rafizi Ramli telah mengkritik pengurangan rebat yang dilakukan kerajaan BN berhubung kenaikan kos menjana elektrik apabila harga gas meningkat. Kini langkah yang sama diambil oleh kerajaan PH dengan menghapuskan terus rebat itu apabila harga arang batu meningkat. Jadi apakah bezanya PH dan BN?

Nampaknya kerajaan lebih mementingkan keuntungan TNB, gusar ia akan terjejas dari memikirkan beban yang ditanggung rakyat kelak.  Mengapakah kerajaan tidak melakukan sesuatu yang konkrit menghalang kenaikan tarif ini?

Mahu guna alasan kerajaan mahu bankrap atau “takkan hari ini kahwin, esok sudah beranak?” -TTKM-

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.