KUALA LUMPUR : Seramai 13 lagi menteri Kabinet dan 23 timbalan menteri mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Istana Negara hari ini.
Istiadat yang berlangsung di Balairong Seri itu turut disaksikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali selain Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Susulan 13 menteri yang mengangkat sumpah hari ini menjadikan keseluruhan 26 menteri dalam Kabinet Dr Mahathir, 13 menteri terdahulu sudah mengangkat sumpah pada 21 Mei lepas.
Seperti yang dijangka, Nga Kor Ming tidak terpilih sebagai menteri kerana ucapan berbaur rasis yang diucapkan beliau ketika kempen PRU14 lepas. Malah beliau juga turut memerli usia perdana menteri baru yang lama, Tun Dr Mahathir.
Nik Nazmi yang selama ini kuat melobi untuk jawatan menteri belia dan sukan terpaksa menggigit jari sahaja kerana jawatan tersebut diberikan kepada ketua pemuda PPBM, Syed Saddiq.
Berikut merupakan senarai penuh :
MENTERI
1. Saifuddin Abdullah dilantik Menteri Luar
2. Mohd Redzuan Md Yusof dilantik Menteri Pembangunan Usahawan
3. Dr Xavier Jayakumar dilantik Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli
4. Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilantik Menteri Belia dan Sukan
5. Baru Bian dilantik Menteri Kerja Raya
6. Teresa Kok dilantik Menteri Industri Utama
7. Saifuddin Nasution Ismail dilantik Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
8. Dr Mujahid Yusof Rawa dilantik Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama)
9. Khalid Abdul Samad dilantik sebagai Menteri Wilayah
10. Liew Vui Keong dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang)
11. Ignatius Darell Leiking dilantik sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
12. Mohamaddin Ketapi dilantik sebagai Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya
13. Yeo Bee Yin dilantik Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar
TIMBALAN MENTERI
1.Datuk Dr Shahruddin Md Salleh dilantik Timbalan Menteri Wilayah
2. Dr Md Farid Rafik dilantik Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial)
3. Amiruddin Hamzah dilantik Timbalan Menteri Kewangan
4. Eddin Syazlee Shith dilantik Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia
5. Shamsul Iskandar Md Akin dilantik Timbalan Menteri Industri Utama
6. Sim Tze Tzin dilantik Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
7. R. Sivarasa dilantik Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar
8. Fuziah Salleh dilantik Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama)
9. Dr Lee Boon Chye dilantik Timbalan Menteri Kesihatan
10. Muhammad Bakhtiar Wan Chik dilantik Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya
11. Chong Chieng Jen dilantik Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
12. Tengku Zulpuri Shah Raja Puji dilantik Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli
13. Hannah Yeoh dilantik Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
14. Teo Nie Ching dilantik sebagai Timbalan Menteri Pendidikan
15. Steven Sim dilantik sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan
16. Dr Ong Kian Ming dilantik Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
17. Mahfuz Omar dilantik sebagai Timbalan Menteri Sumber Manusia
18. Mohd Anuar Mohd Tahir dilantik sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya
19. Dr Mohd Hatta Md Ramli dilantik Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan
20. Mohamed Hanipa Maidin dilantik Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang)
21. Datuk Kamarudin Jaffar dilantik Timbalan Menteri Pengangkutan
22. Datuk Aziz Jamman dilantik Timbalan Menteri Dalam Negeri
23. Isnaraissah Munirah Majlilis dilantik Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar
-TTKM-